Dear Visitors,

Assalamualaikum. Thank You for visiting my blog.

Thursday 25 April 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (ENGLISH LANGUAGE LESSONS)

Class
3 Bestari
Number  of  pupils
21
Time
30  minutes
Focus
Listening and Speaking
Theme
World  of  Knowledge
Topic
Pet’s   World
Content   Standard
By the end of the 6 year primary schooling,pupils will be able to :
1.1  pronounce words and speak confidently with 
the correct stress, rhythm and intonation.

1.3 understand and respond to oral texts in a variety
of   contexts.

Learning  Standard
1.1.1     Able  to  speak  with  the correct  word  stress.

1.3.1     .Able to listen to and demonstrate
understanding of oral texts by :
a) Asking simple Wh- Questions
           b) Answering simple Wh-Questions

 Objectives
By the end of the lessons , pupils will be able to :

-  say  the  words  correctly

-  answer  the given questions correctly

-  label  given pictures  correctly


Teaching  Aids

Worksheets ,


Thinking  Skills

Cooperate  ,  MI – Verbal  Linguistic




Activities
Teaching  and  Learning Strategy

Notes
Induction  Set  ( 5  minutes )
     1.    Teacher  write a few letters on board .
     2.    Teacher calls  a few pupils in front
     3.    Unscramble  the letters to 
            make a word.
 

-   Speaking

-  making  interpretations

Write a few letters on board :
- Example :
    Tac  =  cat
   Seroh  =  horse
  Step  1 ( 5 minutes )

1.     Teacher  introduce  the     
 topic ‘Pets ‘
2.     Teacher  ask  a  few  
             questions  about  pets .


- Questioning  and  answer

Questions :
1.What are all these  
    words ?
2. What  picture is
    this ?

 Step  2 ( 10 minutes )
     1.    Teacher  divide pupils in group 
     2.    In groups- pupils are ask to write down names of pets .
     3.    Teacher  check  the  names of pets according to groups.
     4.    The group with the top scorer win the games.

Playing  a  game :

 Writing names of pets

Pupils write as many pets as they knew on a piece of paper and paste it on the board .
 Step 3 ( 5 minutes )

     1.    Teacher point to the words and pupils read and pronounce the words correctly .

     2.    Spell the words shown.



Listening and reading

Spell the words


Pupils read , pronounce and spell the words pointed
Closure  ( 5 minutes )

     1.    Teacher  distribute worksheets  to the pupils .
      2.    Pupils label and colour the picture .



Labelling and colouring


Worksheets  given













Examples :-


Sunday 21 April 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.



Secara keseluruhannya, terdapat 7 konsep utama FPK iaitu :

1. Memperkembang Potensi Individu
Perkara yang dititikberatkan dalam konsep FPK ialah perkembangan seseorang individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi , intelek dan juga sosial. Tujuan membangunkan insan secara menyeluruh ini bukanlah untuk melahirkan insan yang sempurna tetapi untuk menyediakan tenaga manusia yang serba boleh.

2. Rakyat Malaysia yang berpengetahuan
Pendidikan merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat. Sejurus itu, menyediakan rakyat yang berilmu merupakan prioriti utama dalam mendidik masyarakat kerana ilmu akan menentukan hala tuju seseorang itu kelak.


3. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Unsur yang wajib diterapkan dalam setiap diri individu adalah kepercayaan kepada Pencipta kerana kehidupan beragama merupakan fitrah semula jadi bagi setiap manusia. Di Malaysia, agama rasmi ialah agama Islam. Di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti oleh penganut-penganut agama lain.

4. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia perlulah mempunyai pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas serta mempunyai kemahiran khusus dalam bidangnya. Hal ini adalah untuk memastikan individu tersebut dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna. Perkara ini secara tidak lansung akan mematangkan individu tersebut dan menjadikannya seorang yang berketrampilan.


5. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
FPK juga menerapkan konsep berakhlak mulia dalam pendidikan kerana akhlak mulia akan memastikan individu tersebut menghayati nilai kerohanian,kemanusiaan dan kewarganegaraan. Dengan berbekalkan ilmu, seseorang itu dapat terus mengamalkan nilai-nilai murni yang dipelajari secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan sehariannya.

6. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Konsep ini penting kerana rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan memiliki jiwa yang tenang, akal yang waras, perhubungan yang baik serta kuat dalam menghadapi cabaran mendatang. Dengan ini, potensi seseorang itu dapat dikembangkan lagi untuk keperluan diri sendiri, masyarakat, agama dan Negara.


7. Rakyat Malaysia memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan Negara.
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju di samping bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan tidak kira daripada sebarang aspek pun.
Kesimpulannya FPK digubal untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadi warganegara yang baik.






Friday 19 April 2013

PENGANTAR BAHASA MELAYU


Pengenalan  Peribahasa

Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan pemikiran bangsa Melayu.Peribahasa juga penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa. Ini kerana dalam peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya.
            Dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama telah digunakan oleh masyarakat penuturnya , iaitu :
  •   Melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa.
  •     Melalui penaakulan para bijak pandai
  •     Melalui sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci (Abdullah Hussain, 2003 )


Hasilnya, peribahasa yang bermain di mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi yang tepat dan kias ibarat yang tajam, malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan amat teratur, ringkas dan padat. Sebagai salah satu puisi yang tertua yang memaparkan akal budi bangsa Melayu, penciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadat Melayu lama.Menerusi peribahasa dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, sikap, aktiviti kehidupan serta falsafah hidup yang mereka anuti .Peribahasa Melayu  dicipta berdasarkan pengalaman hidup turut memancarkan nilai dan hati budi orang Melayu. Perwatakan serta sifat-sifat orang Melayu juga dapat diketahui daripada peribahasa Melayu, ( Wilkinson, 1907 ).Peribahasa juga berperanan sebagai hukum adat dan nasihat moral dalam mengawal tindak tanduk anggota masyarakatnya. Penciptaannya berdasarkan fenomena sebenar kehidupan masyarakat  turut menyerlahkan pemikiran bangsa Melayu tentang alam kehidupan yang merka tempuhi . Peribahasa dalam fungsinya menyampaikan pengajaran, teldan dan sindiran mempunyai ciri pelembut agar pendengar atau pembacanya tidak mufah terasa hati. Pada masa yang sama, unsur didaktik yang dibawa melalui peribahasa juga akan dapat memberi impak yang besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka.

Fungsi  dan  kepentingan Peribahasa

Fungsi peribahasa dalam masyarakat kita boleh dilihat dalam beberapa aspek seperti yang dijelaskan di bawah.

1. Mewujudkan keseronokan dalam pergaulan
Keseronokan dalam pergaulan menunjukkan individu yang terlibat dalam pergaulan tersebut merasa gembira dan selesa semasa bergaul. Kadang-kandang terdengar tawa dan wajah yang ceria sentiasa ditunjukkan. Keseronokan dalam komunikasi berlaku apabila kesefahaman wujud dan terselit unsur humor di dalamnya. Unsur humor ini boleh ditunjukkan dengan adanya penggunaan perumpamaan yang sedikit jenaka tetapi tidak keterlaluan. Berikut beberapa contoh peribahasa atau perumpamaan yang boleh digunakan dalam pergaulan untuk tujuan menimbulkan keseronokan. Dalam pergaulan, keseronokan boleh timbul apabila ada pujian yang ikhlas dan jujur di antara individu yang terlibat. Contohnya anda melihat sahabat anda termenung  Maka anda boleh mengatakan “Mengapa termenung ?  Pungguk rindukan bulankah ?”. Perumpamaan ini bermaksud mengusik sahabat yang termenung dengan bahasa yang lebih lembut dan berkias untuk menimbulkan mood dan untuk keseronokan.

Mungkin anda juga mahu bergurau dengan sahabat anda sewaktu membeli belah. Apabila ditegur hanya membeli barangan berjenama sahaja  , anda akan menjawab  “ alah  membeli menang memakai “. Gurauan ini bermaksud walaupun anda membeli barang yang mahal , ketahanan barangan itu mungkin lebih lagi daripada barangan lain. Mendengar ungkapan ini mungkin  rakan-rakan anda pasti terfikir nahawa kenyataan yang anda berikan ada kebenarannya,  bukan bertujuan untuk memuji diri sendiri atau menyindir tetapi seronok kamu berbahasa dengan menggunakan kiasan di samping melahirkan kebenaran .

2. Memberi nasihat
Peribahasa wujud apabila masyarakat menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung  perasaannnya. Maka, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang .Perumpamaan juga boleh digunakan dalam memberikan nasihat. Penggunaan perumpamaan dalam memberi nasihat bertujuan untuk menyedarkan seseorang dengan membandingkan perbuatannya dengan sesuatu benda yang maujud. Keadaan ini sebenarnya lebih berkesan kerana orang yang menerima nasihat akan sedar tentang kelemahan atau perbuatan yang tidak baik dia lakukan umpama benda yang digambarkan dalam peribahasa. Contohnya, mungkin anda mahu menasihatkan kawan anda supaya berhati-hati apabila memilih kawan  . Anda akan berkata dengan perumpamaan “bagai gunting dalam lipatan”atau “ bagai musuh dalam selimut “ Setelah menilai nasihat anda, memang benar dalam ramai-ramai kawan mungkin ada yang suka bermuka-muka. Di hadapan kita dia baik tetapi di belakang kita, mungkin dia cuba merosakkan kita .Setelah dia membandingkan benda konkrit dalam peribahasa tersebut iaitu ‘musuh’ atau “gunting”  maka kawan anda akan lebih sedar dan akan lebih berhati-hati semasa memilih kawan.

3. Menyindir dengan sopan
Dalam hubungan manusia dengan manusia, pemikiran Melayu juga mengaitkan isu-isu tentang tingkah laku dan moral manusia. Moral ialah satu system yang menilai tindakan zahir manusia. Persoalan moral mecakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dengan manusia dan nilai-nilai moral ini adalah bersifat relative, subjektif dan sementara. Sejajar dengan itu, perbezaan antara tindakan bermoral dengan tindakan yang tidak bermoral turut diungkapkan dalam peribahasa Melayu .Malah segala tindakan ahli masyarakat yang wajar dilakukan dan tidak wajar dilakukan juga diungkapkan dalam peribahasa Melayu sebagai pengajaran dan teladan supaya ahli masyarakat dapat mempraktisnya demi mencapai kesejahteraan hidup .
Peribahasa juga dapat mengelakkan kita daripada mengungkapkan kata-kata kasar dan menyinggung hati dan perasaan kawan.Kata-kata  kasar dapat dielakkan penggunaannya dan diganti dengan kata-kata yang lebih halus dan indah bagi meanunjukkan rasa marah dan tidak puas hati.Peribahasa  juga boleh digunakan untuk menyindir dengan sopan. Menyindir dengan sopan bertujuan untuk menegur seseorang dengan bahasa yang bertapis supaya tidak keterlaluan tetapi memberikan mesej yang tajam. Menyindir dengan sopan menandakan seseorang itu bijak menggunakan bahasa supaya mesej yang disampaikan berkesan dan orang yang mendengarnya dapat memperbetulkan kesilapannya.
Perumpamaan yang sederhana dan bersifat praktikal boleh digunakan supaya maksudnya betul-betul sampai kepada penerima. Contoh perumpamaan yang digunakan untuk menyindir anak-anak murid kita yang membuat bising di dalam kelas, “ Murid-murid janganlah jadi seperti ‘tin kosong’ cubalah jadi seperti ‘padi , makin tunduk makin berisi’.  Sindiran seperti ini boleh menyedarkan seseorang supaya bertindak dengan lebih bijak untuk mengisi waktu terluangnya . Mengingatkan murid-murid tentang kepentingan masa. Contohnya , “ Masa itu Emas  ”.

Kepentingan  peribahasa
Sesungguhnya tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala . Itulah sebabnya peribahasa dikatakan cerminan watak bangsa yang memilikinya .Ini kerana peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya . Hal ini bermaksud masyarakat dahulu kala sering menegur anggotanya dengan cara berkias . Dengan cara  demikian, orang yang ditegur tidak mudah tersinggung .Begitulah juga dengan pihak penegur yang lazimnya terdiri daripada orang tua-tua , tidak akan berasa segan untuk berbuat demikian apabila diperlukan . Begitu juga dengan situasi di sekolah , seorang guru yang menasihati muridnya yang malu bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasa``malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut ”.
Selain itu, peribahasa juga  berfungsi sebagi pengawal sosial. Ianya juga sebagai satu bentuk ibadah. Peribahasa jelas berhubungan erat dengan pemikiran dan budaya bangsa Melayu yang memandang tinggi terhadap usaha mempelajari sesuatu ilmu dengan sempurna dan bijaksana sebagai penyuluh hidup . Dengan demikian, bahasa dalam peribahasa Melayu turut memadukan sistem pengetahuan dan kepercayaan bangsa Melayu sebagai asas tingkah laku budaya berasaskan pemikiran yang bertunjangkan ajaran agama Islam dan budaya setempat. Contoh peribahasa yang sering digunakan dalam konteks ini ialah , ` Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa ” yang bermaksud manusia hanya boleh berharap, Allah yang menentukan.Daripada agama yang dianuti, bangsa Melayu berfikir dan berfalsafah dalam bahasanya, seterusnya menzahirkan kandungan fikiran mereka dalam peribahasa yang mereka cipta dengan tujuan untuk menyampaikan mesej dan pengajaran kepada ahli masyarakatnya . Disamping itu peribahasa juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan berbahasa di kalangan murid. Hasil penulisan tentunya akanmenjadi lebih indah dan bermutu sekiranya dimuatkan dengan peribahasa yang tepat dan sesuai .

Kesimpulan

 Peribahasa Melayu ini merupakan satu susunan bahasa yang menarik , indah , berlapik dan memiliki ciri kehalusan budi pekerti pencipta dan penuturnya. Rakaman pemikiran dan falsafah bangsa Melayu diungkapkan menggunakan bahasa yang puitis .Melalui kata-kata yang digunakan dalam peribahasa sama ada secara tersurat atau tersirat telah menyerlahkan nilai keindahan dan kesantunan berbahasa yangwujud dalam budaya Melayu yang diwarisi sejak turun temurun sebagai satu warisan budaya yang sentiasa dipelihara.


Thursday 18 April 2013

GWIYOMI

Fenomena Gwiyomi la pulokk..


Fenomena gwiyomi  kini  sudah mula merebak di kalangan rakyat Malaysia.Selepas Gangnam style dan harlem shake mencipta fenomena yang tersendiri dengan munculnya pelbagai versi parodi,gwiyomi juga tidak kurang hebatnya  kerana setakat ini di youtube sahaja telah menunjukkan 415000 carian untuk keyword gwiyomi ini.Haaa..mai nk cita siket pasai gwiyomi yang sekarang dok hangat kt youtube suma tu

Asal Usul Gwiyomi :-

The Gwiyomi Song, or Kwiyomi Song mengikut sumber yang  diambil dari wikipedia,gwiyomi  adalah kpop single daripada penyanyi Korea Selatan,Hari yang dilancarkan pada 18 februari 2013 .Lirik lagu ini diilhamkan oleh ungkapan kata bersama-sama dengan isyarat seperti gerakan gwiyomi yang sedia ada. Ianya diinspirasikan oleh rapper kpop terkenal Jung ILL Hoon atau Gwiyomo player di rancangan Btob Mtv DIary Many yang menjadi meme popular diinternet pada oktober 2012.Sejak lagu Gwiyomi ini dilancarkan oleh penyanyi Hari banyak video-video parodi telah dihasilkan oleh peminat-peminat kpop  khususnya di Filifina,thailand dan Malaysia sendiri.Dan China Internet Information Center pada bulan ini   telah melaporkan bahawa pengguna-pengguna youtube dinegara itu telah memuat naik secara mendadak video-video gwiyomi mereka sendiri  ke laman tersebut.

Antara video aksi gwiyomi yang bole dirujuk  ^_^

Thursday 11 April 2013

MASALAH JUVANA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

Sejak akhir-akhir ini kita dapat melihat laporan media mengenai masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah yang agak membimbangkan pelbagai. Fenomena melanggar disiplin sekolah merupakan satu masalah yang perlu diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan generasi masa akan datang dari menjadi manusia yang bakal menimbulkan pelbagai masalah sosial. Kemerosotan akhlak dalam kalangan generasi muda pasti akan merugikan negara dalam jangka masa yang panjang. Oleh yang demikian, terdapat pihak yang menjalankan kajian bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah disiplin. Menurut kajian tersebut, faktor-faktor seperti umur, jantina, pendapatan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya menjadi penyumbang kepada berlakunya masalah ini. Oleh itu, pihak-pihak terlibat perlulah mengambil langkah yang efisien untuk membanteras masalah ini.




Antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah disiplin



Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah lazimnya berpunca daripada kekurangan sokongan keluarga yang menyebabkan pelajar tersebut melibatkan diri dalam kegiatan seperti ini. Pada umumnya, ibu bapa yang sibuk mengejar kekayaan sehingga tidak sanggup meluangkan masa untuk berinteraksi bersama anak-anak. Malah, ibu bapa juga sanggup bekerja pada hari cuti dan mengambil jalan muda untuk menghantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh atau dijaga oleh pembantu rumah. Hal ini meyebabkan anak-anak mereka berasa sunyi, terabai dan memendamkan perasaan marah terhadap ibu bapa mereka. Perasaan terabai dan marah di dalam hati anak-anak ini menyebabkan mereka mengalami tekanan sehingga cepat marah, tidak rasional, mengikut perasaan dan akan melakukan sesuatu untuk melepaskan kemarahan ataupun demi mendapatkan perhatian. Sebagai contohnya, anak-anak akan berasa amat sensitif sekiranya diusik oleh rakan-rakannya sehingga tidak dapat mengawal perasaan marahnya dan mulalah bertumbuk apabila tahap kesabarannya mencapai tahap maksimum.

Punca yang seterusnya ialah pengaruh rakan sebaya. Apabila mereka kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa, mereka akan mencari keseronokan melalui orang ketiga iaitu rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar tersebut akan mengikut apa sahaja yang melakukan oleh rakan-rakan mereka tanpa memikirkan akibat atau keburukan perbuatan mereka. Hal ini mendorong kepada penglibatan mereka dalam masalah disiplin di sekolah seperti melibatkan diri dalam pergaduhan, ponteng, melukiskan gambar atau kata-kata lucah di dinding sekolah, mencuri, merokok di dalam kawasan sekolah, melawan kata-kata cikgu dan sebagainya. Walaupun keseronokan tersebut tidak lama, tetapi kesan daripada perbuatan pelajar-pelajar ini adalah amat serius sehingga pelajar-pelajar tersebut boleh digantung sekolah, dibuang sekolah atau dimasukkan ke dalam lokap jika terlibat dalam kes pergaduhan yang secara tidak langsung akan memusnahkan masa hadapan mereka.

Usaha yang paling utama dan efisien bagi menangani masalah disiplin d
i sekolah adalah dengan cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa perlu bijak dalam medidik anak-anak mereka agar tidak terjerumus dalam masalah disiplin ini. "Bagaimana acuan, begitulah kuihnya" dan "melentur buluh, biarlah dari rebungnya" merupakan ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiao ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang berkaitan dengan hal agama sejak kecil lagi supaya anak-anak mereka menyedari sesuatu perkara sama ada betul atau salah dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.

Pengenalan semula mata pelajaran Pedidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) kepada semua sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah pelajar di sekolah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para pelajar dan PSK juga berperanan dalam memupuk nilai-nilai murni dalam nanuri setiap pelajar. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya yanpa keganasan, memahami kepelbagaian agama dan budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Kesimpulannya, pelbagai usaha boleh dilakukan bagi membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Semua pihak haruslah berganding bahu supaya masalah ini tidak berlarutan dan bertambah serius. Pihak kerajaan dan swasta perlulah memainkan peranan penting dalam hal ini supaya masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan masa depan pelajar, malah turut akan menjejaskan masa depan negara dan bangsa secara tidak langsung kerana pelajar merupakan para pemangkin negara pada masa depan. Pelajar merupakan aset negara yang bernilai dan harus dibentuk dengan baik.










Monday 1 April 2013

APLIKASI TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PROSES PEMBELAJARAN



Adalah sangat sukar untuk mendefinisikan teknologi pendidikan . Bidang ini mencakupi kombinasi instruksional, pembelajaran , pengembangan , pengurusan dan lain-lain teknologi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan.



Aplikasi  teknologi komputer yang mempunyai potensi untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

            Dari beberapa kajian yang telah dijalankan didapati beberapa aplikasi komputer mempunyai potensi untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .Komputer digunakan sebagai alat untuk membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran .Sebagai contoh, komputer boleh digunakan untuk menghasilkan bahan pengajaran atau menyimpan rekod. Dengan ini pengajaran menjadi mudah dan proses  pembelajaran dan pemahaman pelajar lebih berkesan .Power Point merupakan salah satu daripada perisian yang berguna dalam program Microsoft Windows.  Microsoft Power Point merupakan salah satu daripada perisian persembahan grafik yang popular . Program ini dapat membantu guru-guru untuk menghasilkan persembahan slaid yang menarik, sama ada pada skrin komputer atau pun dalam bentuk slaid transperensi.
            William & Louis mendefinisikan perisian sebagai jujukan suruhan yang terperinci. Ia direka bentuk untuk mengarah komputer melaksanakan fungsi-fungsi tertentu untuk membolehkan komputer menginput, menyimpan , membuat keputusan, mengolah secara aritmetik dan output data dalam jujukan yang betul . Capron ( 1996 ) pula menyatakan perisian sebagai satu arahan atau aturcara yang dirancang langkah demi langkah untuk menukarkan data dan maklumat yang menyebabkan komputer berfungsi.

            Perisian Power point ini mempunyai banyak keistimewaannya tersendiri :

Ø  Boleh digunakan untuk membuat slaid persembahan
Ø  Dapat dimuat dengan gambarajah atau grafik yang menarik
Ø  Melukis carta atau jadual dengan lebih cepat
Ø  Kesan animasi dapat dimasukkan kepada teks dan objek dalam slaid

             Program ini menyediakan beberapa cara yang mudah untuk membina sesuatu persembahan yang professional . Guru boleh memilih cara yang sesuai dengan kehendak atau kemahiran mereka . Perisian ini juga menyediakan pelbagai alatan yang akan diperlukan untuk membina sebuah perisian persembahan . Power point juga merupakan program yang mudah untuk dipelajari dan dikendalikan .Perisian ini juga mempunyai unsur-unsur multimedia yang dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari apa yang terkandung dalam perisian persembahan . Pelajar akan minat dan bermotivasi untuk belajar jika mereka diajar dengan suasana pembelajaran yang berbeza maka situasi ini akan meningkatkan kualiti pembelajaran mereka .


KEBAIKAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI SEKOLAH

            Menurut  Yakop ( 1985 ), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Pelajar-pelajar yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan latihan  dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman mereka . Pelajar yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar dengan berulang-ulang kali sehingga mereka faham.
            Menurut Leong Mei Wei ( 1998 ) kelebihan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara umumnya adalah :

1. Membantu pelajar lemah
     Pelajar yang lemah boleh belajar mengikut keupayaannya. Pelajar-pelajar ini juga boleh mengulangkaji pelajaran sehingga berjaya memahami konsep-konsep yang diajar tanpa menganggu  perjalanan pelajar lain yang lebih cerdas. Perbezaan tahap kognitif dan psikologi antara pelajar akan berkurangan jika teknologi komputer dijadukan sebagai satu pendekatan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Maklumbalas Yang Cepat
      Komputer berupaya untuk memberi maklum balas yang cepat terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar mengambil tindakan sewajarnya jika jawapan adalah salah.

3.Membantu dalam pemahaman
     Penggunaan grafik, animasi, warna, muzik, simulasi dan dialog akan mempercepatkan lagi proses pemahaman perkara-perkara yang ingin disampaikan dengan berkesan .

4. Jangka masa pendek
    Seseorang pelajar berupaya memahami sesuatu konsep lebih cepat dengan kaedah pembelajaran berasaskan komputer berbanding dengan konvensional. Ini kerana penggunaan komputer berupaya memberi motivasi dalam pembelajaran pelajar.

5. Mutu dan Perhatian
    Apabila komputer membantu tugas guru maka perhatian yang lebih dapat diberikan kepada seseorang pelajar. Guru juga mempunyai masa yang lebih untuk memperbaiki mutu bahan pelajar serta merancang dan menghasilkan perisian yang lebih baik untuk kesesuaian tahap pelajar-pelajarnya.

6. Meringankan beban
     Pelajar yang lemah dapat menggunakan dan mengulangkaji topik yang mereka lambat kuasai dan ini meringankan beban guru untuk mengulangkaji pelajaran yang sasma berkali-kali.

7. Sikap Positif
    Kebanyakkan perisian mempunyai ciri interaksi dengan pelajar  . Ini secara tidak langsung akan memaksa pelajar menjadi aktif apabila menggunakan perisian ini. Ini dapat mengatasi sikap pelajar yang negatif dan menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam perhubungan pelajaran .

8. Mengamalkan Kemajuan Pencapaian Pelajar
    Rekod-rekod yang disimpan dalam program komputer yang sesuai memudahkan tugas guru dan memantau kemajuan pencapaian pelajar . Dengan ini guru dapat merancang pengajaran pemulihan untuk pelajar yang lemah dan pengayaan untuk pelajar cerdas.

9. Paparan menarik
    Kombinasi warna yang unik dan muzik yang tepat menghasilkan paparan yang menarik. Penggunaan permainan dan susunan teks yang teratur akan memberikan persembahan yang menarik. Semua ini dapat menghasilkan cara pembelajaran yang berkesan .



Kesimpulan
            Pengajaran  dan pembelajaran berbantukan komputer bukanlah merupakan satu fenomena yang baru.Ia berupaya menukarkan pengajaran secara konvensional kepada suasana yang lebih baik dan banyak memberi manafaat. Malahan kebanyakkan kajian yang dibuat mengakui penggunaan teknologi dalam pembelajaran membuahkan hasil yang merangsangkan. Ini disebabkan teknologi maklumat berupaya pencapaian pelajar seterusnya menarik minat pelajar terhadap pelajaran yang diajar .