Pengenalan Peribahasa
Peribahasa Melayu
mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan pemikiran bangsa Melayu.Peribahasa
juga penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa.
Ini kerana dalam peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat
sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan
berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa
dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan
sehariannya.
Dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama telah
digunakan oleh masyarakat penuturnya , iaitu :
- Melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa.
- Melalui penaakulan para bijak pandai
- Melalui sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci (Abdullah Hussain, 2003 )
Hasilnya, peribahasa
yang bermain di mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi yang tepat dan
kias ibarat yang tajam, malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan amat
teratur, ringkas dan padat. Sebagai salah satu puisi yang tertua yang
memaparkan akal budi bangsa Melayu, penciptaan peribahasa sangat terikat dengan
adat istiadat Melayu lama.Menerusi peribahasa dapat dikaji struktur sosial
bangsa Melayu lama, sikap, aktiviti kehidupan serta falsafah hidup yang mereka
anuti .Peribahasa Melayu dicipta
berdasarkan pengalaman hidup turut memancarkan nilai dan hati budi orang
Melayu. Perwatakan serta sifat-sifat orang Melayu juga dapat diketahui daripada
peribahasa Melayu, ( Wilkinson, 1907 ).Peribahasa juga berperanan sebagai hukum
adat dan nasihat moral dalam mengawal tindak tanduk anggota masyarakatnya.
Penciptaannya berdasarkan fenomena sebenar kehidupan masyarakat turut menyerlahkan pemikiran bangsa Melayu
tentang alam kehidupan yang merka tempuhi . Peribahasa dalam fungsinya
menyampaikan pengajaran, teldan dan sindiran mempunyai ciri pelembut agar
pendengar atau pembacanya tidak mufah terasa hati. Pada masa yang sama, unsur
didaktik yang dibawa melalui peribahasa juga akan dapat memberi impak yang
besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka.
Fungsi dan kepentingan Peribahasa
Fungsi peribahasa dalam masyarakat kita boleh dilihat dalam beberapa
aspek seperti yang dijelaskan di bawah.
1. Mewujudkan keseronokan
dalam pergaulan
Keseronokan dalam pergaulan menunjukkan individu yang terlibat dalam
pergaulan tersebut merasa gembira dan selesa semasa bergaul. Kadang-kandang
terdengar tawa dan wajah yang ceria sentiasa ditunjukkan. Keseronokan dalam
komunikasi berlaku apabila kesefahaman wujud dan terselit unsur humor di
dalamnya. Unsur humor ini boleh ditunjukkan dengan adanya penggunaan
perumpamaan yang sedikit jenaka tetapi tidak keterlaluan. Berikut beberapa
contoh peribahasa atau perumpamaan yang boleh digunakan dalam pergaulan untuk
tujuan menimbulkan keseronokan. Dalam pergaulan, keseronokan boleh timbul
apabila ada pujian yang ikhlas dan jujur di antara individu yang terlibat.
Contohnya anda melihat sahabat anda termenung
Maka anda boleh mengatakan “Mengapa termenung ? Pungguk rindukan bulankah ?”. Perumpamaan ini
bermaksud mengusik sahabat yang termenung dengan bahasa yang lebih lembut dan berkias
untuk menimbulkan mood dan untuk keseronokan.
Mungkin anda juga mahu bergurau dengan sahabat anda sewaktu membeli
belah. Apabila ditegur hanya membeli barangan berjenama sahaja , anda akan menjawab “ alah
membeli menang memakai “. Gurauan ini bermaksud walaupun anda membeli
barang yang mahal , ketahanan barangan itu mungkin lebih lagi daripada barangan
lain. Mendengar ungkapan ini mungkin rakan-rakan anda pasti terfikir nahawa
kenyataan yang anda berikan ada kebenarannya, bukan bertujuan untuk memuji diri sendiri atau
menyindir tetapi seronok kamu berbahasa dengan menggunakan kiasan di samping
melahirkan kebenaran .
2. Memberi nasihat
Peribahasa wujud apabila masyarakat menyedari betapa susahnya untuk
memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa
menyinggung perasaannnya. Maka, mereka
mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang
ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang .Perumpamaan juga boleh
digunakan dalam memberikan nasihat. Penggunaan perumpamaan dalam memberi
nasihat bertujuan untuk menyedarkan seseorang dengan membandingkan perbuatannya
dengan sesuatu benda yang maujud. Keadaan ini sebenarnya lebih berkesan kerana
orang yang menerima nasihat akan sedar tentang kelemahan atau perbuatan yang
tidak baik dia lakukan umpama benda yang digambarkan dalam peribahasa.
Contohnya, mungkin anda mahu menasihatkan kawan anda supaya berhati-hati
apabila memilih kawan . Anda akan
berkata dengan perumpamaan “bagai gunting dalam lipatan”atau “ bagai musuh
dalam selimut “ Setelah menilai nasihat anda, memang benar dalam ramai-ramai
kawan mungkin ada yang suka bermuka-muka. Di hadapan kita dia baik tetapi di
belakang kita, mungkin dia cuba merosakkan kita .Setelah dia membandingkan
benda konkrit dalam peribahasa tersebut iaitu ‘musuh’ atau “gunting” maka kawan anda akan lebih sedar dan akan
lebih berhati-hati semasa memilih kawan.
3. Menyindir dengan sopan
Dalam hubungan manusia dengan manusia, pemikiran Melayu juga
mengaitkan isu-isu tentang tingkah laku dan moral manusia. Moral ialah satu
system yang menilai tindakan zahir manusia. Persoalan moral mecakupi pemikiran,
perasaan dan niat di hati manusia dengan manusia dan nilai-nilai moral ini
adalah bersifat relative, subjektif dan sementara. Sejajar dengan itu,
perbezaan antara tindakan bermoral dengan tindakan yang tidak bermoral turut
diungkapkan dalam peribahasa Melayu .Malah segala tindakan ahli masyarakat yang
wajar dilakukan dan tidak wajar dilakukan juga diungkapkan dalam peribahasa
Melayu sebagai pengajaran dan teladan supaya ahli masyarakat dapat
mempraktisnya demi mencapai kesejahteraan hidup .
Peribahasa juga dapat mengelakkan kita daripada mengungkapkan
kata-kata kasar dan menyinggung hati dan perasaan kawan.Kata-kata kasar dapat dielakkan penggunaannya dan
diganti dengan kata-kata yang lebih halus dan indah bagi meanunjukkan rasa
marah dan tidak puas hati.Peribahasa juga boleh digunakan untuk menyindir dengan
sopan. Menyindir dengan sopan bertujuan untuk menegur seseorang dengan bahasa
yang bertapis supaya tidak keterlaluan tetapi memberikan mesej yang tajam. Menyindir
dengan sopan menandakan seseorang itu bijak menggunakan bahasa supaya mesej
yang disampaikan berkesan dan orang yang mendengarnya dapat memperbetulkan
kesilapannya.
Perumpamaan yang sederhana dan bersifat praktikal boleh digunakan
supaya maksudnya betul-betul sampai kepada penerima. Contoh perumpamaan yang
digunakan untuk menyindir anak-anak murid kita yang membuat bising di dalam
kelas, “ Murid-murid janganlah jadi seperti ‘tin kosong’ cubalah jadi seperti ‘padi
, makin tunduk makin berisi’. Sindiran
seperti ini boleh menyedarkan seseorang supaya bertindak dengan lebih bijak untuk
mengisi waktu terluangnya . Mengingatkan murid-murid tentang kepentingan masa.
Contohnya , “ Masa itu Emas ”.
Kepentingan peribahasa
Sesungguhnya
tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada
masyarakat pada zaman dahulu kala . Itulah sebabnya peribahasa dikatakan
cerminan watak bangsa yang memilikinya .Ini kerana peribahasa tersirat makna
yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau
tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak
dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia
menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya . Hal ini bermaksud masyarakat
dahulu kala sering menegur anggotanya dengan cara berkias . Dengan cara demikian, orang yang ditegur tidak mudah
tersinggung .Begitulah juga dengan pihak penegur yang lazimnya terdiri daripada
orang tua-tua , tidak akan berasa segan untuk berbuat demikian apabila
diperlukan . Begitu juga dengan situasi di sekolah , seorang guru yang
menasihati muridnya yang malu bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasa``malu
bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut ”.
Selain
itu, peribahasa juga berfungsi sebagi pengawal
sosial. Ianya juga sebagai satu bentuk ibadah. Peribahasa jelas berhubungan
erat dengan pemikiran dan budaya bangsa Melayu yang memandang tinggi terhadap
usaha mempelajari sesuatu ilmu dengan sempurna dan bijaksana sebagai penyuluh hidup
. Dengan demikian, bahasa dalam peribahasa Melayu turut memadukan sistem
pengetahuan dan kepercayaan bangsa Melayu sebagai asas tingkah laku budaya
berasaskan pemikiran yang bertunjangkan ajaran agama Islam dan budaya
setempat. Contoh peribahasa yang sering digunakan dalam konteks ini ialah , `
Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa ” yang bermaksud manusia hanya boleh berharap,
Allah yang menentukan.Daripada agama yang dianuti, bangsa Melayu berfikir dan
berfalsafah dalam bahasanya, seterusnya menzahirkan kandungan fikiran mereka
dalam peribahasa yang mereka cipta dengan tujuan untuk menyampaikan mesej
dan pengajaran kepada ahli masyarakatnya . Disamping itu peribahasa juga
bertujuan untuk meningkatkan keupayaan berbahasa di kalangan murid. Hasil
penulisan tentunya akanmenjadi lebih indah dan bermutu sekiranya dimuatkan
dengan peribahasa yang tepat dan sesuai .
salam.....izinkan saya meminjam pendapat dan idea dalam laman ini untuk tugasan saya. Sekian tq
ReplyDeletemohon kongsi bahan
ReplyDeletetq!!!:) memang bantu dlm folio saya :D
ReplyDelete