Dear Visitors,

Assalamualaikum. Thank You for visiting my blog.

Thursday, 11 April 2013

MASALAH JUVANA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

Sejak akhir-akhir ini kita dapat melihat laporan media mengenai masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah yang agak membimbangkan pelbagai. Fenomena melanggar disiplin sekolah merupakan satu masalah yang perlu diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan generasi masa akan datang dari menjadi manusia yang bakal menimbulkan pelbagai masalah sosial. Kemerosotan akhlak dalam kalangan generasi muda pasti akan merugikan negara dalam jangka masa yang panjang. Oleh yang demikian, terdapat pihak yang menjalankan kajian bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah disiplin. Menurut kajian tersebut, faktor-faktor seperti umur, jantina, pendapatan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya menjadi penyumbang kepada berlakunya masalah ini. Oleh itu, pihak-pihak terlibat perlulah mengambil langkah yang efisien untuk membanteras masalah ini.




Antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah disiplin



Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah lazimnya berpunca daripada kekurangan sokongan keluarga yang menyebabkan pelajar tersebut melibatkan diri dalam kegiatan seperti ini. Pada umumnya, ibu bapa yang sibuk mengejar kekayaan sehingga tidak sanggup meluangkan masa untuk berinteraksi bersama anak-anak. Malah, ibu bapa juga sanggup bekerja pada hari cuti dan mengambil jalan muda untuk menghantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh atau dijaga oleh pembantu rumah. Hal ini meyebabkan anak-anak mereka berasa sunyi, terabai dan memendamkan perasaan marah terhadap ibu bapa mereka. Perasaan terabai dan marah di dalam hati anak-anak ini menyebabkan mereka mengalami tekanan sehingga cepat marah, tidak rasional, mengikut perasaan dan akan melakukan sesuatu untuk melepaskan kemarahan ataupun demi mendapatkan perhatian. Sebagai contohnya, anak-anak akan berasa amat sensitif sekiranya diusik oleh rakan-rakannya sehingga tidak dapat mengawal perasaan marahnya dan mulalah bertumbuk apabila tahap kesabarannya mencapai tahap maksimum.

Punca yang seterusnya ialah pengaruh rakan sebaya. Apabila mereka kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa, mereka akan mencari keseronokan melalui orang ketiga iaitu rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar tersebut akan mengikut apa sahaja yang melakukan oleh rakan-rakan mereka tanpa memikirkan akibat atau keburukan perbuatan mereka. Hal ini mendorong kepada penglibatan mereka dalam masalah disiplin di sekolah seperti melibatkan diri dalam pergaduhan, ponteng, melukiskan gambar atau kata-kata lucah di dinding sekolah, mencuri, merokok di dalam kawasan sekolah, melawan kata-kata cikgu dan sebagainya. Walaupun keseronokan tersebut tidak lama, tetapi kesan daripada perbuatan pelajar-pelajar ini adalah amat serius sehingga pelajar-pelajar tersebut boleh digantung sekolah, dibuang sekolah atau dimasukkan ke dalam lokap jika terlibat dalam kes pergaduhan yang secara tidak langsung akan memusnahkan masa hadapan mereka.

Usaha yang paling utama dan efisien bagi menangani masalah disiplin d
i sekolah adalah dengan cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa perlu bijak dalam medidik anak-anak mereka agar tidak terjerumus dalam masalah disiplin ini. "Bagaimana acuan, begitulah kuihnya" dan "melentur buluh, biarlah dari rebungnya" merupakan ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiao ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang berkaitan dengan hal agama sejak kecil lagi supaya anak-anak mereka menyedari sesuatu perkara sama ada betul atau salah dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.

Pengenalan semula mata pelajaran Pedidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) kepada semua sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah pelajar di sekolah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para pelajar dan PSK juga berperanan dalam memupuk nilai-nilai murni dalam nanuri setiap pelajar. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya yanpa keganasan, memahami kepelbagaian agama dan budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Kesimpulannya, pelbagai usaha boleh dilakukan bagi membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Semua pihak haruslah berganding bahu supaya masalah ini tidak berlarutan dan bertambah serius. Pihak kerajaan dan swasta perlulah memainkan peranan penting dalam hal ini supaya masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan masa depan pelajar, malah turut akan menjejaskan masa depan negara dan bangsa secara tidak langsung kerana pelajar merupakan para pemangkin negara pada masa depan. Pelajar merupakan aset negara yang bernilai dan harus dibentuk dengan baik.










No comments:

Post a Comment