Adalah sangat sukar
untuk mendefinisikan teknologi pendidikan . Bidang ini mencakupi kombinasi
instruksional, pembelajaran , pengembangan , pengurusan dan lain-lain teknologi
yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan.
Aplikasi teknologi komputer yang mempunyai potensi untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dari beberapa kajian yang telah dijalankan didapati
beberapa aplikasi komputer mempunyai potensi untuk digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran .Komputer digunakan sebagai alat untuk membantu dan
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran .Sebagai contoh, komputer boleh
digunakan untuk menghasilkan bahan pengajaran atau menyimpan rekod. Dengan ini
pengajaran menjadi mudah dan proses
pembelajaran dan pemahaman pelajar lebih berkesan .Power Point merupakan
salah satu daripada perisian yang berguna dalam program Microsoft Windows. Microsoft Power Point merupakan salah satu
daripada perisian persembahan grafik yang popular . Program ini dapat membantu
guru-guru untuk menghasilkan persembahan slaid yang menarik, sama ada pada
skrin komputer atau pun dalam bentuk slaid transperensi.
William & Louis mendefinisikan perisian sebagai jujukan suruhan yang
terperinci. Ia direka bentuk untuk mengarah komputer melaksanakan
fungsi-fungsi tertentu untuk membolehkan komputer menginput, menyimpan ,
membuat keputusan, mengolah secara aritmetik dan output data dalam jujukan yang
betul . Capron ( 1996 ) pula menyatakan perisian sebagai satu arahan atau aturcara yang dirancang langkah demi langkah
untuk menukarkan data dan maklumat yang menyebabkan komputer berfungsi.
Perisian Power point ini mempunyai banyak keistimewaannya
tersendiri :
Ø Boleh digunakan
untuk membuat slaid persembahan
Ø Dapat dimuat
dengan gambarajah atau grafik yang menarik
Ø Melukis carta
atau jadual dengan lebih cepat
Ø Kesan animasi
dapat dimasukkan kepada teks dan objek dalam slaid
Program ini
menyediakan beberapa cara yang mudah untuk membina sesuatu persembahan yang
professional . Guru boleh memilih cara yang sesuai dengan kehendak atau
kemahiran mereka . Perisian ini juga menyediakan pelbagai alatan yang akan
diperlukan untuk membina sebuah perisian persembahan . Power point juga
merupakan program yang mudah untuk dipelajari dan dikendalikan .Perisian ini
juga mempunyai unsur-unsur multimedia yang dapat menarik minat pelajar untuk
mempelajari apa yang terkandung dalam perisian persembahan . Pelajar akan minat
dan bermotivasi untuk belajar jika mereka diajar dengan suasana pembelajaran
yang berbeza maka situasi ini akan meningkatkan kualiti pembelajaran mereka .
KEBAIKAN
PENGGUNAAN KOMPUTER DI SEKOLAH
Menurut Yakop (
1985 ), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini boleh
digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi
yang berbeza. Pelajar-pelajar yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap
pemahaman mereka . Pelajar yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar
dengan berulang-ulang kali sehingga mereka faham.
Menurut Leong Mei Wei ( 1998 ) kelebihan penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara umumnya adalah :
1. Membantu pelajar lemah
Pelajar yang lemah boleh belajar mengikut
keupayaannya. Pelajar-pelajar ini juga boleh mengulangkaji pelajaran sehingga
berjaya memahami konsep-konsep yang diajar tanpa menganggu perjalanan pelajar lain yang lebih cerdas.
Perbezaan tahap kognitif dan psikologi antara pelajar akan berkurangan jika
teknologi komputer dijadukan sebagai satu pendekatan dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.
2. Maklumbalas Yang Cepat
Komputer berupaya untuk memberi maklum
balas yang cepat terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar. Ini membolehkan
pelajar mengambil tindakan sewajarnya jika jawapan adalah salah.
3.Membantu dalam pemahaman
Penggunaan grafik, animasi, warna, muzik,
simulasi dan dialog akan mempercepatkan lagi proses pemahaman perkara-perkara
yang ingin disampaikan dengan berkesan .
4. Jangka masa pendek
Seseorang pelajar berupaya memahami sesuatu
konsep lebih cepat dengan kaedah pembelajaran berasaskan komputer berbanding
dengan konvensional. Ini kerana penggunaan komputer berupaya memberi motivasi
dalam pembelajaran pelajar.
5. Mutu dan Perhatian
Apabila komputer membantu tugas guru maka
perhatian yang lebih dapat diberikan kepada seseorang pelajar. Guru juga
mempunyai masa yang lebih untuk memperbaiki mutu bahan pelajar serta merancang
dan menghasilkan perisian yang lebih baik untuk kesesuaian tahap
pelajar-pelajarnya.
6. Meringankan beban
Pelajar yang lemah dapat menggunakan dan
mengulangkaji topik yang mereka lambat kuasai dan ini meringankan beban guru
untuk mengulangkaji pelajaran yang sasma berkali-kali.
7. Sikap Positif
Kebanyakkan perisian mempunyai ciri
interaksi dengan pelajar . Ini secara
tidak langsung akan memaksa pelajar menjadi aktif apabila menggunakan perisian
ini. Ini dapat mengatasi sikap pelajar yang negatif dan menggalakkan pelajar
mengambil bahagian dalam perhubungan pelajaran .
8. Mengamalkan Kemajuan Pencapaian Pelajar
Rekod-rekod yang disimpan dalam program
komputer yang sesuai memudahkan tugas guru dan memantau kemajuan pencapaian
pelajar . Dengan ini guru dapat merancang pengajaran pemulihan untuk pelajar
yang lemah dan pengayaan untuk pelajar cerdas.
9. Paparan menarik
Kombinasi warna yang unik dan muzik yang
tepat menghasilkan paparan yang menarik. Penggunaan permainan dan susunan teks
yang teratur akan memberikan persembahan yang menarik. Semua ini dapat
menghasilkan cara pembelajaran yang berkesan .
Kesimpulan
Pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer bukanlah merupakan satu fenomena yang baru.Ia
berupaya menukarkan pengajaran secara konvensional kepada suasana yang lebih
baik dan banyak memberi manafaat. Malahan kebanyakkan kajian yang dibuat
mengakui penggunaan teknologi dalam pembelajaran membuahkan hasil yang
merangsangkan. Ini disebabkan teknologi maklumat berupaya pencapaian pelajar
seterusnya menarik minat pelajar terhadap pelajaran yang diajar .
No comments:
Post a Comment