Facebook telah diasaskan oleh seorang anak muda yang berasal dari NewYork. Nama beliau ialah Mark Zuckerberg, dilahirkan pada tahun 1984, dan beliau telah mengasaskan Facebook ketika beliau masih lagi menuntut di Universiti Harvard. Sebelum ini, Mark Zuckerberg juga pernah membina beberapa laman web sosial yang lain, antaranya ialah Coursematch dan Facemash. Kini Mark Zuckerberg adalah seorang billionaire.
Mark Zuckerberg telah melancarkan Facebook pada febuari 2004. Semasa pelancaran, dalam masa 24 jam saja, seramai 1,200 pelajar Harvard telah mendaftar, dan dalam masa sebulan hampir separuh prlajar serjana muda di Universiti Harvard telah membuka akaun di Facebook. Kemudian rangkaian tersebut telah berkembang ke seluruh universiti yang terdapat di Amerika Syarikat, dan kini Facebook telah tersebar luas ke serata dunia. Facebook telah ‘menjadi’ Facebook.com selepas nama domain tersebut dibeli dengan harga USD200,000.
Tahukah anda, nama Facebook diambil sempena dengan nama borang yang akan diedarkan kepada pelajar baru di Universiti Harvard.
Tahukah anda, nama Facebook diambil sempena dengan nama borang yang akan diedarkan kepada pelajar baru di Universiti Harvard.
Pada mulanya, Facebook adalah satu tool yang digunakan oleh para pelajar di Universiti Harvard untuk berinteraksi sesama mereka. Tapi kini, ia digunakan oleh semua orang sebagai hiburan. Keahlian Facebook adalah percuma, tapi bagaimana Mark Zuckerberg boleh bergelar billionaire sedangkan keahalian adalah percuma? Sebenarnya keuntungan Facebook diperolehi daripada pengiklanan. Oleh itu tidak hairanlah syarikat separti Google dan Yahoo berminat untuk membeli Facebook.
Jika MySpace menerima tawaran daripada NEWS CORP sebanyak USD580 juta dan YouTube menerima tawaran USD1.5 billion dari Google, Facebook pula telah menerima tawaran hampir USD2 billion daripada Google dan Yahoo. Jika anda yang berada di tempat Mark Zuckerberg pada ketika itu, adakah anda akan menerima tawaran tersebut? USD 2 billion banyak tu… 7 keturunan pun tak habis. Tapi Mark Zuckerberg telah menolak tawaran tersebut. Beliau berkata ‘Facebook bukan untuk dijual’. Syarikat Microsoft pun telah menunjukkan minat terhadap Facebook, dan telah membeli share Facebook sebanyak 1.6% yang bernilai USD246 juta.
Sebelum Facebook, MySpace adalah laman web sosial yang terbesar di Amerika Syarikat. Siapa yang tak kenal dengan MySpace? ia adalah laman web sosial yang terbesar sebelum Facebook dan tiada satu pun rangkaian sosial yang lain dapat menandingi trafik MySpace pada ketika itu. Tetapi Facebook telah berjaya menandingi trafik MySpace dengan pantas, dan Facebook dianggarkan mempunyi hampir 200 juta ahli diserata dunia.
Facebook adalah salah satu laman web sosial seperti MySpace dan Friendster, tetapi bagaimana Facebook boleh berkembang dengan cepat? Mungkin disebabkan oleh keunikan aplikasi yang terdapat pada Facebook. Game, gift, quiz dan banyak lagi aplikasi Facebook yang membolehkan Facebook telah berkembang dengan cepat. Facebook juga menyediakan ruang chat kepada penggunanya untuk berinteraksi kepada rakan-rakan. Ini yang membuatkan Facebook lebih unik berbanding dengan laman web sosial yang lain.
Kebaikan Facebook :
1. Untuk meningkatkan hubungan kawan dan keluarga.
2. Untuk menemukan keluarga, saudara, kerabat yang berdaftar
3. Sebagai media perbincangan, media dakwah, tukar maklumat dan mengajak kebaikan.
4. Sebagai alat iklan berbaris percuma dengan cara posting maupun iklan berbayar yang telah disediakan.
5. Sebagai media promosi kempen pilihanraya.
6. Membina komuniti tertentu, seperti Sekolah, pelajar, bekas pelajar, jabatan, university dan sebagainya
7. Melatih berkomunikasi, melatih menulis, mengeluarkan pendapat, idea dan sebagainya.
8. Untuk peti simpanan foto kenangan mengikut kategori dan juga boleh di kongsi sesame rakan foto berkenaan
9. Boleh memasang beberapa aplikasi di laman facebook kita
10. Boleh membina page tambahan pada akaun facebook kita dan ia lebih mesra seo
11. Boleh di guna untuk sebaran berita, artikel agama, maklumat dan sebagainya

Keburukan FaceBook :
1. Mengurang produktiviti pekerja, jika pekerja asyik main FB semasa kerja.
2. Kurang perhatian terhadap keluarga, dan anak-anak, jika ibu atau bapa selalu buka facebook dalam masa yang lama.
3. Berinteraksi secara bersemuka diganti dengan interaksi secara online melalui FB. Dan ini mengurangkan kemesraan antara kita.
4. Batasan hal peribadi mungkin akan di luah secara bebas dan kadang tu melanggar hak masyarakat dan sentiviti suatu masyarakat dan kaum.
5. Mudah tersebarnya maklumat penting yang tidak semestinya di tulis pada FB,
6. Bahan lucah mudah di sebar melalui gambar atau bahan cetakan
7. Banyak masa terbuang akibat penggunaan yang tidak manafaat

No comments:
Post a Comment