Sejarah Peribahasa
SEJARAH PERIBAHASA MELAYU
Ungkapan peribahasa terkandung keunggulan pemikiran yang terhasil daripada pengalaman hidup dan ketajaman pemerhatian masyarakat terhadap alam sekitar mereka. Terdapat beberapa sebab atau bagaimana terciptanya sesuatu peribahasa, iaitu :
- Perbandingan sesuatu peristiwa dengan cerita yang masyhur.
- Hasil kiasan tentang benda-benda dan peristiwa-peristiwa biasa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat sehari-hari.
- Terdapat peristiwa yang hasil daripada hasil kepercayaan masyarakat.
- Berasal daripada bahasa kiasan yang digunakan pada sesuatu tempat atau masa tertentu dan kemudian terkenal kepada umum.
- Peribahasa juga berasal daripada cerita-cerita yang masyhur kejadian-kejadian yang luar biasa yang dijadikan perbandingan.
- Peribahasa timbul hasil daripada pemerhatian orang dahulu terhadap benda-benda yang ada dalam kehidupan mereka.
- Peribahasa timbul akibat kepercayaan terhadap sesuatu kuasa yang luar biasa atau dari peraturan-peraturan biasa dalam kehidupan seharian.
Fungsi Peribahasa
Fungsi peribahasa dalam masyarakat kita boleh lihat dalam
beberapa aspek seperti yang dijelaskan di bawah.
1. Mewujudkan keseronokan dalam pergaulan
Kerseonokan dalam pergaulan menunujkkan individu yang
terlibat dalam pergaulan tersebut merasa gembira dan selesa semasa bergaul.
Kadang-kandang terdengar tawa dan wajah yang ceria sentiasa ditunjukkan.
Keseronokan dalam komunikasi berlaku apabila kesefahaman wujud dan terselit
unsur humor di dalamnya. Unsur humor ini boleh ditunjukkan dengan adanya penggunaan
perumpamaan yang sedikit jenaka tetapi tidak keterlaluan. Berikut beberapa
contoh peribahasa atau perumpamaan yang boleh digunakan dalam pergaulan untuk
tujuan menimbulkan keseronokan.
Dalam pergaulan, keseronokan boleh timbul apabila ada pujian
yang ikhlas dan jujur di antara individu yang terlibat. Contohnya anda dan
sahabat anda baharu sahaja pulang dari kelas mengaji. Secara jujurnya anda
ingin memuji kelunakan suara sahabat anda yang begitu pandai mengaji. Maka anda
boleh mengatakan “Amin suara kamu merdu bagai bulu perindu”. Perumpamaan ini
bermaksud pujian yang berkias dengan bahasa yang lebih lembut dan menyeronokan.
Mungkin anda juga mahu bergurau dengan sahabat anda dalam
majlis yang kamu hadiri. Selesai sahaja makan dan merasa kenyang anda meminta
izin pulang dengan sedikit gurauan dalam komunikasi. Gurauan seperti ini
mungkin anda boleh gunakan, “Kamal saya mahu pulang, saya seperti pacat
kenyang”. Gurauan ini bermaksud anda pulang tergesa-gesa selepas sahaja makan
dengan kenyang. Mungkin anda ada hal penting yang ingin diselesaikan. Mendengar
ungkapan ini rakan-rakan anda pasti gelak bukan bertujuan menyindir tetapi
seronok kamu berbahasa dengan menggunakan kiasan.
2. Memberi nasihat
Perumpamaan juga boleh digunakan dalam memberikan nasihat.
Penggunaan perumpamaan dalam memberi nasihat bertujuan untuk menyedarkan
seseorang dengan membandingkan perbuatannya dengan sesuatu benda yang mujud.
Keadaan ini sebenarnya lebih berkesan kerana orang yang menerima nasihat akan
sedar tentang kelemahan atau perbuatan yang tidak baik dia lakukan umpama benda
yang digambarkan dalam peribahasa. Contohnya, mungkin anda mahu menasihatkan
kawan anda supaya memberi didikan kepada anak bermula dari kecil lagi supaya
sasiahnya boleh dibentuk dengan lebih mudah. Anda akan berkata dengan
perumpamaan “kalau menasihatkan kanak-kanak biarlah bermula dari mereka kecil,
bak kata pepatah melentur buluh dari rebungnya”. Setelah menilai nasihat anda,
memang benar rebung mudah dilentur sebelum menjadi buluh yang dewasa. Begitu juga
dangan kanak-kanak, mereka lebih mudah dibentuk sebelum menjadi dewasa. Setelah
membandingkan benda konkrit dalam peribahasa tersebut iaitu ‘rebung’ dengan
‘kanak-kanak’ maka kawan anda akan lebih sedar supaya memberi nasihat yang
terbaik kepada anak-anak sejak mereka kecil kerana mereka lebih mudah
dinasihati pada waktu umur yang muda.
3. Menyindir dengan sopan
Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyindir dengan
sopan. Menyindir dengan sopan bertujuan untuk menegur seseorang dengan bahasa
yang bertapis supaya tidak keterlaluan tetapi memberikan mesej yang tajam.
Menyindir dengan sopan menandakan seseorang itu bijak menggunakan bahasa supaya
mesej yang disampaikan berkesan dan orang yang mendengarnya dapat memperbetulkan kesilapannya.
Perumpamaan yang sederhana dan bersifat praktikal boleh digunakan supaya
maksudnya betul-betul sampai kepada penerima. Contoh perumpamaan yang digunakan
untuk menyindir seseorang adalah seperti situasi yang berikut. “Akmal kamu
tidak akan dapat kahwin sekiranya terus duduk diam seperti Mat Jenin, pergilah
bekerja”. Sindiran seperti ini boleh menyedarkan seseorang supaya bertindak
untuk mendapatkan keinginannya.
4. Menyatakan pendirian yang tegas
Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyatakan pendirian
yang tegas dengan menggunakan pemilihan kata dan kiasan yang memberi kesan yang
sangat mendalam. Kadangkala kita mahu menyatakan pendirian dengan menggunakan
kata putus yang biasa diungkapkan, namun kata putus ini lebih jelas dan tegas
sekiranya disertakan dengan perumpamaan. Contohnya, perumpamaan “seperti
berkerat rotan berpatah arang” yang bermaksud memutuskan tali persahabatan atau
persaudaraan dengan niat tidak mahu menyambungkannya semula. Perumpamaan yang
dibayangkan dengan kiasan berkarat rotan dan berpatah arang cukup jelas bahawa
pendirian yang dibuat itu adalah sungguh-sungguh dan tegas.
Secara keseluruhannya, peranan perumpamaan sangat jelas
dalam mendidik masyarakat. Perumpamaan yang tergolong dalam peribahasa perlu
dipraktikkan supaya tidak hilang ditelan zaman kerana perumpamaan merupakan
khazanah bahasa yang tidak ternilai harganya. Generasi baharu perlu sedar
bahawa perumpamaan bukanlah kata-kata yang biasa tetapi merupakan ketertinggian
permikiran. Za’ba pernah menyatakan bahawa peribahasa merupakan lidah pendeta.
Pernyataan ini jelas menggambarkan nilai dan ilmu yang terkandung dalam
perumpamaan itu. Dengan hal yang demikian, perumpamaan ini juga perlu diajar di
sekolah dengan sungguh-sungguh kerana perumpamaan yang termasuk dalam
peribahasa merupakan salah satu karya sastera yang perlu dihayati seperti mana
yang dikehendaki dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu.
Bagi memupuk minat terhadap perumpamaan, berikut merupakan
beberapa himpunan perumpamaan yang boleh kita mula praktikkan dalam pertuturan
seharian dan juga dalam penulisan.
Seperti ayam tambatan (orang yang berani)
Seperti anak muda jolong berkeris (keghairahan seseorang
untuk menggunakan sesuatu yang baharu diperolehinya)
Seperti anjing dengan bayang-bayang (orang yang sangat tamak
selalu rugi)
Seperti belut pulang ke lumpur (anak kampung pulang ke
tempat asalnya)
Seperti belanda minta tanah (mula-mula minta sedikit tetapi
akhirnya ingin memiliki semua)
Seperti bersaksi ke lutut (bersaksi kepada keluarga dendiri)
Seperti berkerat rotan berpatah arang (memutuskan tali
persahabatan atau persaudaraan dengan niat tidak mahu menyambungkannya semula)
Seperti buluh perindu (suara yang sangat merdu)
Seperti durian dengan timun, menggolek binasa, kena golekpun
binasa (orang yang lemah dan tidak berupaya hendak menentang orang yang kuat
dan berkuasa.)
Seperti duri dalam daging (menanggung beban masalah yang
sukar diatasi. Lama-kelamaan masalah itu semakin berat dan mendatangkan
mudarat)
Peribahasa merupakan kata-kata bijak yang berasal dari orang yang bijaksana
ReplyDelete