Dear Visitors,

Assalamualaikum. Thank You for visiting my blog.

Friday, 3 May 2013

PILIHAN RAYA



Pejam celik, pejam celik rakyat Malaysia dan negara bakal membuat penentuan ke arah mana halatuju Malaysia untuk tempoh 5 tahun daripada sekarang. Daripada tempoh rakyat Malaysia bermain teka-teki dengan pemerintah ala-ala Nujum Pak Belalang sebelum ini, bila agaknya tempoh pembubaran parlimen akan berlaku sehinggalah ke tarikh Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13).
Akhirnya semuanya telah terjawab. Dan sekarang…..tinggal kurang daripada 2 hari sahaja lagi untuk rakyat membuat penentuan & perhitungan samada terus ingin menjadi “raja” ataupun hanya rakyat Malaysia yang hanya menurut kuasa pihak pemerintah seterusnya selepas ini?
Dalam bahasa politik, tempoh kurang 2 hari adalah sangat…….lah panjang sebenarnya kerana macam-macam boleh berlaku. Daripada segi corak serangan kempen ataupun mood pengundi untuk Pilihanraya Umum 2013 (PRU13) bila-bila masa sahaja boleh berubah arah dan pendirian mereka.

Keputusan PRU 13 : Manifesto Pakatan Rakyat VS Manifesto Barisan Nasional?

Buat pertama kali kami mlihat kedua-dua parti politik baik Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional berada pada kedudukan “on par” sama kuat sama hebat. Kalau dahulu Pilihanraya Umum 2008 (PRU12) Barisan Nasional lebih agresif dengan berbanding Pakatan Rakyat. Manifesto Pakatan Rakyat pada masa itu pun carca merba. Kalau ikutkan sbeenarnya kupasan perbincangan mengenai manifesto PRU masih baru di Malaysia ini kerana :
  • Manifesto Pilihanraya Umum 1999 : Parti pembangkang bergabung untuk memberikan tekanan kepada pihak pemerintah
  • Manifesto Pilihanraya umum 2004 : Parti pembangkang buat hal masing-masing dengan harapan hanya mahu mengurangkan majoriti yang dimilki Barisan Nasional
  • Manifesto Pilihanraya Umum 2008 : Idea pembentangan manifesto Barisan Rakyat pembangkang masih belum mampu meyakinkan rakyat Malaysia dengan pelan untuk mentadbir negara
Tetapi tidak untuk Pilihanraya Umum 2013 (PRU13) kali ini. Di mana Pakatan Rakyat pula yang dilihat lebih agresif berbanding Barisan Nasional semacam defensif. Ini kerana gabungan parti pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat telah mula melancarkan manifesto dan pelan perancangan untuk negara bagi 5 tahun seterusnya lebih awal berbanding Barisan Nasional.
Yang mana patut diundi??
Itu semua anda yang tentukan.. ^_^


LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA


LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

sumber Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

1.AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.

2. KUALITI -Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

3.EKUITI -50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun 2020.

4.PERPADUAN-Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

5.KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

Thursday, 25 April 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (ENGLISH LANGUAGE LESSONS)

Class
3 Bestari
Number  of  pupils
21
Time
30  minutes
Focus
Listening and Speaking
Theme
World  of  Knowledge
Topic
Pet’s   World
Content   Standard
By the end of the 6 year primary schooling,pupils will be able to :
1.1  pronounce words and speak confidently with 
the correct stress, rhythm and intonation.

1.3 understand and respond to oral texts in a variety
of   contexts.

Learning  Standard
1.1.1     Able  to  speak  with  the correct  word  stress.

1.3.1     .Able to listen to and demonstrate
understanding of oral texts by :
a) Asking simple Wh- Questions
           b) Answering simple Wh-Questions

 Objectives
By the end of the lessons , pupils will be able to :

-  say  the  words  correctly

-  answer  the given questions correctly

-  label  given pictures  correctly


Teaching  Aids

Worksheets ,


Thinking  Skills

Cooperate  ,  MI – Verbal  Linguistic




Activities
Teaching  and  Learning Strategy

Notes
Induction  Set  ( 5  minutes )
     1.    Teacher  write a few letters on board .
     2.    Teacher calls  a few pupils in front
     3.    Unscramble  the letters to 
            make a word.
 

-   Speaking

-  making  interpretations

Write a few letters on board :
- Example :
    Tac  =  cat
   Seroh  =  horse
  Step  1 ( 5 minutes )

1.     Teacher  introduce  the     
 topic ‘Pets ‘
2.     Teacher  ask  a  few  
             questions  about  pets .


- Questioning  and  answer

Questions :
1.What are all these  
    words ?
2. What  picture is
    this ?

 Step  2 ( 10 minutes )
     1.    Teacher  divide pupils in group 
     2.    In groups- pupils are ask to write down names of pets .
     3.    Teacher  check  the  names of pets according to groups.
     4.    The group with the top scorer win the games.

Playing  a  game :

 Writing names of pets

Pupils write as many pets as they knew on a piece of paper and paste it on the board .
 Step 3 ( 5 minutes )

     1.    Teacher point to the words and pupils read and pronounce the words correctly .

     2.    Spell the words shown.



Listening and reading

Spell the words


Pupils read , pronounce and spell the words pointed
Closure  ( 5 minutes )

     1.    Teacher  distribute worksheets  to the pupils .
      2.    Pupils label and colour the picture .



Labelling and colouring


Worksheets  given













Examples :-


Sunday, 21 April 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.



Secara keseluruhannya, terdapat 7 konsep utama FPK iaitu :

1. Memperkembang Potensi Individu
Perkara yang dititikberatkan dalam konsep FPK ialah perkembangan seseorang individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi , intelek dan juga sosial. Tujuan membangunkan insan secara menyeluruh ini bukanlah untuk melahirkan insan yang sempurna tetapi untuk menyediakan tenaga manusia yang serba boleh.

2. Rakyat Malaysia yang berpengetahuan
Pendidikan merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat. Sejurus itu, menyediakan rakyat yang berilmu merupakan prioriti utama dalam mendidik masyarakat kerana ilmu akan menentukan hala tuju seseorang itu kelak.


3. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Unsur yang wajib diterapkan dalam setiap diri individu adalah kepercayaan kepada Pencipta kerana kehidupan beragama merupakan fitrah semula jadi bagi setiap manusia. Di Malaysia, agama rasmi ialah agama Islam. Di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti oleh penganut-penganut agama lain.

4. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia perlulah mempunyai pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas serta mempunyai kemahiran khusus dalam bidangnya. Hal ini adalah untuk memastikan individu tersebut dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna. Perkara ini secara tidak lansung akan mematangkan individu tersebut dan menjadikannya seorang yang berketrampilan.


5. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
FPK juga menerapkan konsep berakhlak mulia dalam pendidikan kerana akhlak mulia akan memastikan individu tersebut menghayati nilai kerohanian,kemanusiaan dan kewarganegaraan. Dengan berbekalkan ilmu, seseorang itu dapat terus mengamalkan nilai-nilai murni yang dipelajari secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan sehariannya.

6. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Konsep ini penting kerana rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan memiliki jiwa yang tenang, akal yang waras, perhubungan yang baik serta kuat dalam menghadapi cabaran mendatang. Dengan ini, potensi seseorang itu dapat dikembangkan lagi untuk keperluan diri sendiri, masyarakat, agama dan Negara.


7. Rakyat Malaysia memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan Negara.
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju di samping bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan tidak kira daripada sebarang aspek pun.
Kesimpulannya FPK digubal untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadi warganegara yang baik.






Friday, 19 April 2013

PENGANTAR BAHASA MELAYU


Pengenalan  Peribahasa

Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan pemikiran bangsa Melayu.Peribahasa juga penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa. Ini kerana dalam peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya.
            Dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama telah digunakan oleh masyarakat penuturnya , iaitu :
  •   Melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa.
  •     Melalui penaakulan para bijak pandai
  •     Melalui sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci (Abdullah Hussain, 2003 )


Hasilnya, peribahasa yang bermain di mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi yang tepat dan kias ibarat yang tajam, malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan amat teratur, ringkas dan padat. Sebagai salah satu puisi yang tertua yang memaparkan akal budi bangsa Melayu, penciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadat Melayu lama.Menerusi peribahasa dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, sikap, aktiviti kehidupan serta falsafah hidup yang mereka anuti .Peribahasa Melayu  dicipta berdasarkan pengalaman hidup turut memancarkan nilai dan hati budi orang Melayu. Perwatakan serta sifat-sifat orang Melayu juga dapat diketahui daripada peribahasa Melayu, ( Wilkinson, 1907 ).Peribahasa juga berperanan sebagai hukum adat dan nasihat moral dalam mengawal tindak tanduk anggota masyarakatnya. Penciptaannya berdasarkan fenomena sebenar kehidupan masyarakat  turut menyerlahkan pemikiran bangsa Melayu tentang alam kehidupan yang merka tempuhi . Peribahasa dalam fungsinya menyampaikan pengajaran, teldan dan sindiran mempunyai ciri pelembut agar pendengar atau pembacanya tidak mufah terasa hati. Pada masa yang sama, unsur didaktik yang dibawa melalui peribahasa juga akan dapat memberi impak yang besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka.

Fungsi  dan  kepentingan Peribahasa

Fungsi peribahasa dalam masyarakat kita boleh dilihat dalam beberapa aspek seperti yang dijelaskan di bawah.

1. Mewujudkan keseronokan dalam pergaulan
Keseronokan dalam pergaulan menunjukkan individu yang terlibat dalam pergaulan tersebut merasa gembira dan selesa semasa bergaul. Kadang-kandang terdengar tawa dan wajah yang ceria sentiasa ditunjukkan. Keseronokan dalam komunikasi berlaku apabila kesefahaman wujud dan terselit unsur humor di dalamnya. Unsur humor ini boleh ditunjukkan dengan adanya penggunaan perumpamaan yang sedikit jenaka tetapi tidak keterlaluan. Berikut beberapa contoh peribahasa atau perumpamaan yang boleh digunakan dalam pergaulan untuk tujuan menimbulkan keseronokan. Dalam pergaulan, keseronokan boleh timbul apabila ada pujian yang ikhlas dan jujur di antara individu yang terlibat. Contohnya anda melihat sahabat anda termenung  Maka anda boleh mengatakan “Mengapa termenung ?  Pungguk rindukan bulankah ?”. Perumpamaan ini bermaksud mengusik sahabat yang termenung dengan bahasa yang lebih lembut dan berkias untuk menimbulkan mood dan untuk keseronokan.

Mungkin anda juga mahu bergurau dengan sahabat anda sewaktu membeli belah. Apabila ditegur hanya membeli barangan berjenama sahaja  , anda akan menjawab  “ alah  membeli menang memakai “. Gurauan ini bermaksud walaupun anda membeli barang yang mahal , ketahanan barangan itu mungkin lebih lagi daripada barangan lain. Mendengar ungkapan ini mungkin  rakan-rakan anda pasti terfikir nahawa kenyataan yang anda berikan ada kebenarannya,  bukan bertujuan untuk memuji diri sendiri atau menyindir tetapi seronok kamu berbahasa dengan menggunakan kiasan di samping melahirkan kebenaran .

2. Memberi nasihat
Peribahasa wujud apabila masyarakat menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung  perasaannnya. Maka, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang .Perumpamaan juga boleh digunakan dalam memberikan nasihat. Penggunaan perumpamaan dalam memberi nasihat bertujuan untuk menyedarkan seseorang dengan membandingkan perbuatannya dengan sesuatu benda yang maujud. Keadaan ini sebenarnya lebih berkesan kerana orang yang menerima nasihat akan sedar tentang kelemahan atau perbuatan yang tidak baik dia lakukan umpama benda yang digambarkan dalam peribahasa. Contohnya, mungkin anda mahu menasihatkan kawan anda supaya berhati-hati apabila memilih kawan  . Anda akan berkata dengan perumpamaan “bagai gunting dalam lipatan”atau “ bagai musuh dalam selimut “ Setelah menilai nasihat anda, memang benar dalam ramai-ramai kawan mungkin ada yang suka bermuka-muka. Di hadapan kita dia baik tetapi di belakang kita, mungkin dia cuba merosakkan kita .Setelah dia membandingkan benda konkrit dalam peribahasa tersebut iaitu ‘musuh’ atau “gunting”  maka kawan anda akan lebih sedar dan akan lebih berhati-hati semasa memilih kawan.

3. Menyindir dengan sopan
Dalam hubungan manusia dengan manusia, pemikiran Melayu juga mengaitkan isu-isu tentang tingkah laku dan moral manusia. Moral ialah satu system yang menilai tindakan zahir manusia. Persoalan moral mecakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dengan manusia dan nilai-nilai moral ini adalah bersifat relative, subjektif dan sementara. Sejajar dengan itu, perbezaan antara tindakan bermoral dengan tindakan yang tidak bermoral turut diungkapkan dalam peribahasa Melayu .Malah segala tindakan ahli masyarakat yang wajar dilakukan dan tidak wajar dilakukan juga diungkapkan dalam peribahasa Melayu sebagai pengajaran dan teladan supaya ahli masyarakat dapat mempraktisnya demi mencapai kesejahteraan hidup .
Peribahasa juga dapat mengelakkan kita daripada mengungkapkan kata-kata kasar dan menyinggung hati dan perasaan kawan.Kata-kata  kasar dapat dielakkan penggunaannya dan diganti dengan kata-kata yang lebih halus dan indah bagi meanunjukkan rasa marah dan tidak puas hati.Peribahasa  juga boleh digunakan untuk menyindir dengan sopan. Menyindir dengan sopan bertujuan untuk menegur seseorang dengan bahasa yang bertapis supaya tidak keterlaluan tetapi memberikan mesej yang tajam. Menyindir dengan sopan menandakan seseorang itu bijak menggunakan bahasa supaya mesej yang disampaikan berkesan dan orang yang mendengarnya dapat memperbetulkan kesilapannya.
Perumpamaan yang sederhana dan bersifat praktikal boleh digunakan supaya maksudnya betul-betul sampai kepada penerima. Contoh perumpamaan yang digunakan untuk menyindir anak-anak murid kita yang membuat bising di dalam kelas, “ Murid-murid janganlah jadi seperti ‘tin kosong’ cubalah jadi seperti ‘padi , makin tunduk makin berisi’.  Sindiran seperti ini boleh menyedarkan seseorang supaya bertindak dengan lebih bijak untuk mengisi waktu terluangnya . Mengingatkan murid-murid tentang kepentingan masa. Contohnya , “ Masa itu Emas  ”.

Kepentingan  peribahasa
Sesungguhnya tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala . Itulah sebabnya peribahasa dikatakan cerminan watak bangsa yang memilikinya .Ini kerana peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya . Hal ini bermaksud masyarakat dahulu kala sering menegur anggotanya dengan cara berkias . Dengan cara  demikian, orang yang ditegur tidak mudah tersinggung .Begitulah juga dengan pihak penegur yang lazimnya terdiri daripada orang tua-tua , tidak akan berasa segan untuk berbuat demikian apabila diperlukan . Begitu juga dengan situasi di sekolah , seorang guru yang menasihati muridnya yang malu bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasa``malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut ”.
Selain itu, peribahasa juga  berfungsi sebagi pengawal sosial. Ianya juga sebagai satu bentuk ibadah. Peribahasa jelas berhubungan erat dengan pemikiran dan budaya bangsa Melayu yang memandang tinggi terhadap usaha mempelajari sesuatu ilmu dengan sempurna dan bijaksana sebagai penyuluh hidup . Dengan demikian, bahasa dalam peribahasa Melayu turut memadukan sistem pengetahuan dan kepercayaan bangsa Melayu sebagai asas tingkah laku budaya berasaskan pemikiran yang bertunjangkan ajaran agama Islam dan budaya setempat. Contoh peribahasa yang sering digunakan dalam konteks ini ialah , ` Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa ” yang bermaksud manusia hanya boleh berharap, Allah yang menentukan.Daripada agama yang dianuti, bangsa Melayu berfikir dan berfalsafah dalam bahasanya, seterusnya menzahirkan kandungan fikiran mereka dalam peribahasa yang mereka cipta dengan tujuan untuk menyampaikan mesej dan pengajaran kepada ahli masyarakatnya . Disamping itu peribahasa juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan berbahasa di kalangan murid. Hasil penulisan tentunya akanmenjadi lebih indah dan bermutu sekiranya dimuatkan dengan peribahasa yang tepat dan sesuai .

Kesimpulan

 Peribahasa Melayu ini merupakan satu susunan bahasa yang menarik , indah , berlapik dan memiliki ciri kehalusan budi pekerti pencipta dan penuturnya. Rakaman pemikiran dan falsafah bangsa Melayu diungkapkan menggunakan bahasa yang puitis .Melalui kata-kata yang digunakan dalam peribahasa sama ada secara tersurat atau tersirat telah menyerlahkan nilai keindahan dan kesantunan berbahasa yangwujud dalam budaya Melayu yang diwarisi sejak turun temurun sebagai satu warisan budaya yang sentiasa dipelihara.