Dear Visitors,

Assalamualaikum. Thank You for visiting my blog.

Thursday, 14 March 2013

PEMBELAJARAN BUAT PENDIDIKAN KHAS

PEMBELAJARAN BUAT PENDIDIKAN KHAS


Seperti mana kanak-kanak normal, kanak-kanak khas juga punya hak untuk mendapatkan pendidikan sempurna dan sesuai dengan keupayaan mereka. Oleh itu sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-anak khas ini perlu mengambil kira ciri-ciri keistimewaan dan keperluan mereka bagi memberi pembelajaran yang bermakna bagi mereka. Sebagai seorang guru, kita perlu meneliti apakah model-model teoritikal atau pendekatan yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pelajaran anak-anak ini. Sebelum kita memahami model-model teoritikal yang boleh diaplikasikan dalam proses P&P, kita juga perlu terlebih dahulu memahami beberapa konsep asas dalam pengajaran kanak-kanak khas ini.

1. Strategi dan Pendekatan PengajaranMerujuk kepada bagaimana kita seorang guru menyediakan perancangan mengajar, memulakan dan mengakhiri pengajaran.


2. Kaedah Pengajaran- Merujuk kepada perancangan pengajaran yang telah diterima pakai oleh banyak pihak.- Perancangan ini termasuklah kawalan guru terhadap urutan perlakasanaan proses pengajaran yang akan dilaksanakan.


3. Strategi Pengajaran- Merujuk kepada perancangan operasi pengajaran yang khusus yg digunapakai oleh guru.- Merujuk kepada perancangan2 kecil untuk mencapai objektif pengajaran.


4. Tenik Pengajaran.- Sistem / mekanisme penyampaian ilmu dan kemahiran.- Prosedur2 khusus pada skala kecil.- Satu strategi yang boleh mengandungi beberapa teknik.



MODEL TEORITIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS


Model Perubatan- Kanak-kanak khas perlu menjalani ujian diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan khas ke atas mereka.- Ujian diagnosis ini perlu bagi memahami keadaan biologikal serta fizikal mereka. Dengan itu kita boleh melihat tahap keupayaan mereka.


Model Perkembangan- Pengajaran dan pembelajaran perlu sesuai dengan perkembangan kanak - kanak khas. Kanak2 khas mempunyai tahap perkembangan yang sama dengan kanak2 normal namun ada kadar yang perlahan.

- Mereka juga mempunyai ketidakupayaan yang berbeza.- Kaedah pengajaran yg dibina perlu mengambil kira tahap perkembangan intelektual, fizikal, sosial dan emosional kanak2 khas ini.

Model Behaviorisme- Perlunya analisis tingkah laku sebelum pengajaran dijalankan.- Guru bertanggungjawab untuk merubah persekitaran sebelum atau selepas tingkah laku bagi tujuan unutk mendapatkan tingkah laku sasaran.


Model Kognitif- Fokus kepada keadaan internal pemikiran seseorang.- Model ini mengambil pendekatan pengajaran secara latihan kognitif dan meta kognitif.


Model Humanistik



- Menitik beratkan soal perkembangan individu secara menyeluruh.- Asas model ini ialah kepercayaan tentang kecenderungan setiap insan untuk mencapai jati diri masing2.- Guru bertangungjawab membina kecenderungan pelajar untuk mengembangkan potensi mereka.- Faktor peribadi dan sosial penting dalam menentukan perkembangan kanak2 ini secara menyeluruh



Sunday, 3 March 2013

LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA


LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

(sumber Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025)

1.AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.

2. KUALITI -Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

3.EKUITI -50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun 2020.

4.PERPADUAN-Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

5.KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.


Thursday, 21 February 2013

ASPIRASI MURID



Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.


Wednesday, 6 February 2013

KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN



Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.
Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu ‘formula’ yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.
FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN
  • Mengenal pasti wujudnya ‘motivasi dalaman’ atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
  • Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
  • Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN
  • Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.
  • Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
  • Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.
TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN
  1. Suasana / Tempat Belajar – Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
  2. Memilih Masa Yang Sesuai – Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
  3. Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
  4. Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
  5. Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
  6. Pembelajaran Di Sekolah – Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.
  7. Membaca, Memahami dan Menghafal – Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
  8. Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
  9. Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-
    • Mengandungi semua maklumat penting
    • Bersih dan mudah dibaca
    • Terkumpul & Tersusun (di dalam fail/Buku Khas)
    • Ringkas dan padat
Kesungguhan Belajar
  1. Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.
  2. Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.
  3. Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
  4. Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.
  5. Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.
LUPAAN DAN INGATAN
Apakah sebabnya kita sering lupa ?
  • Kerana Gangguan – Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan.
  • Tumpuan Perhatian – Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama.
  • Faktor Masa – Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
INGATAN
Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-
  • Minat – Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.
  • Pilihan – Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.
  • Ulangan – Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.
  • Assasiasi – Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.
  • Tubi Belajar
Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-
1. Mendengar untuk pertama kali
2. Memahami
3. Menggunakannya
4. Mencipta yang baru
Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.


PRA SEKOLAH SK.SUNGAI KEPAR