Dear Visitors,

Assalamualaikum. Thank You for visiting my blog.

Wednesday 27 March 2013

FENOMENA KAK TON




"Produk Kak Ton memang berkesan. Tengok Kak Ton, comel tak?"

"Comelllllllllllll..."

Mungkin bagi kita, iklan produk kesihatan dan kecantikan ni dah biasa sangat  kerana sejak beberapa minggu lalu hari-hari tersiar di TV.

wabak kak ton kian berleluasa dari hari ke hari. huhu..mai nak cita sikit pasai produk kak ton ni


Product Description

Garcinia Cambogia Powder ExtractGarcinia popular sebagai bahan herba semulajadi dalam mengurangkan berat badan.Ianya berkesan sebagai herba mengurangkan lemak dengan memperlahankan sintesis lipids dan fatty acids. Ia meningkatkan keupayaan badan menjana tenaga dan menurunkan nafsu makan.
Garcinia kaya dengan Hydroxycitric Acids (HCA) membantu membakar kalori dan kolestrolGarcinia mengawal nafsu makan. Ia menguruskan badan dengan mengurangkan nafsu makan dan membakar karbohidrat yang berlebihan.
Garcinia meningkatkan immune system badan, ianya bermanfaat kepada sistem kerongkong, urinary sistem dan uterus.

Astaxanthin
Bahan semulajadi berharga yang diperoleh daripada algae, yeast, tumbuhan,ikan salmon dan lain-lain bahan marin.
Sebagai antioxidant, ia membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, kencing manis, hypercholesterolemia, arteriosclerosis, mencegah barah dan penyakit kulit.
Astaxanthin bagus dalam meningkatkan system pertahanan badan (immune system) iamenlindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk atas faktor penuaan (age related macular degeneration)
Astaxanthin mencegah penuaan kulit akibat pendedahan kepada pancaran UV, ianya mencegah pembentukan jeragat, freckles dan ianya agen semulajadi pemutihan kulit

Marine collagen
Collagen meliputi 80% daripada jumlah protien badan mamalia.ianya diperlukan dalam pembinaan badan dan asas dalam pembentukan kulit, otot, tulang dan cartilage.
Namun setelah umur manusia meningkat menjangkau 25 tahun, collagen menurun 1.5% setiap tahun(semasa berumur 35 tahun collegen turun 15%). minuman ini direka untuk menrangsang penghasilan collagen demi mengantikan kehilangan tersebut.
Collagen berfungsi menganjalkan kulit, membentuk tubuh badan yang cantik dan menguatkan rambut.
Komponen aktif lain

Psyllium Husk
sumber fiber yang dirumus untuk mengurangkan tahap kolestrol dan mengurangkan penyakit jantung

Manjakani
Herba semulajadi dalam mengurangkan keputihan vagina, sakit kerongkong, ulcers, dan penyakit kulit dan dapat merapatkan sistem vigina dan memulihkan sistem peranakan

Pueraria mirifica
Menganjalkan payudara , mengurangkan ketidaktentuan menopause, mecantikkan kulit, memperlahankan pertumbuhan uban dan lain-lain

Honey
Mengatasi batuk, sakit kerongkong dan meningkatkan tenaga dalaman dan menghidarkan dari penyakit

Kacip Fatimah
Menganjalkan payudara dan mengetatkan otot vagina dan meringankan kesakitan ketika haid





Sunday 24 March 2013

FUNGSI PERIBAHASA

Sejarah Peribahasa

SEJARAH PERIBAHASA MELAYU
Ungkapan peribahasa terkandung keunggulan pemikiran yang terhasil daripada pengalaman hidup dan ketajaman pemerhatian masyarakat terhadap alam sekitar mereka. Terdapat beberapa sebab atau bagaimana terciptanya sesuatu peribahasa, iaitu :
  • Perbandingan sesuatu peristiwa dengan cerita yang masyhur.
  • Hasil kiasan tentang benda-benda dan peristiwa-peristiwa biasa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat sehari-hari.
  • Terdapat peristiwa yang hasil daripada hasil kepercayaan masyarakat.
  • Berasal daripada bahasa kiasan yang digunakan pada sesuatu tempat atau masa tertentu dan kemudian terkenal kepada umum.
  • Peribahasa juga berasal daripada cerita-cerita yang masyhur kejadian-kejadian yang luar biasa yang dijadikan perbandingan.
  • Peribahasa timbul hasil daripada pemerhatian orang dahulu terhadap benda-benda yang ada dalam kehidupan mereka.
  • Peribahasa timbul akibat kepercayaan terhadap sesuatu kuasa yang luar biasa atau dari peraturan-peraturan biasa dalam kehidupan seharian.


Fungsi Peribahasa

Fungsi peribahasa dalam masyarakat kita boleh lihat dalam beberapa aspek seperti yang dijelaskan di bawah.

1. Mewujudkan keseronokan dalam pergaulan
Kerseonokan dalam pergaulan menunujkkan individu yang terlibat dalam pergaulan tersebut merasa gembira dan selesa semasa bergaul. Kadang-kandang terdengar tawa dan wajah yang ceria sentiasa ditunjukkan. Keseronokan dalam komunikasi berlaku apabila kesefahaman wujud dan terselit unsur humor di dalamnya. Unsur humor ini boleh ditunjukkan dengan adanya penggunaan perumpamaan yang sedikit jenaka tetapi tidak keterlaluan. Berikut beberapa contoh peribahasa atau perumpamaan yang boleh digunakan dalam pergaulan untuk tujuan menimbulkan keseronokan.
Dalam pergaulan, keseronokan boleh timbul apabila ada pujian yang ikhlas dan jujur di antara individu yang terlibat. Contohnya anda dan sahabat anda baharu sahaja pulang dari kelas mengaji. Secara jujurnya anda ingin memuji kelunakan suara sahabat anda yang begitu pandai mengaji. Maka anda boleh mengatakan “Amin suara kamu merdu bagai bulu perindu”. Perumpamaan ini bermaksud pujian yang berkias dengan bahasa yang lebih lembut dan menyeronokan.

Mungkin anda juga mahu bergurau dengan sahabat anda dalam majlis yang kamu hadiri. Selesai sahaja makan dan merasa kenyang anda meminta izin pulang dengan sedikit gurauan dalam komunikasi. Gurauan seperti ini mungkin anda boleh gunakan, “Kamal saya mahu pulang, saya seperti pacat kenyang”. Gurauan ini bermaksud anda pulang tergesa-gesa selepas sahaja makan dengan kenyang. Mungkin anda ada hal penting yang ingin diselesaikan. Mendengar ungkapan ini rakan-rakan anda pasti gelak bukan bertujuan menyindir tetapi seronok kamu berbahasa dengan menggunakan kiasan.

2. Memberi nasihat
Perumpamaan juga boleh digunakan dalam memberikan nasihat. Penggunaan perumpamaan dalam memberi nasihat bertujuan untuk menyedarkan seseorang dengan membandingkan perbuatannya dengan sesuatu benda yang mujud. Keadaan ini sebenarnya lebih berkesan kerana orang yang menerima nasihat akan sedar tentang kelemahan atau perbuatan yang tidak baik dia lakukan umpama benda yang digambarkan dalam peribahasa. Contohnya, mungkin anda mahu menasihatkan kawan anda supaya memberi didikan kepada anak bermula dari kecil lagi supaya sasiahnya boleh dibentuk dengan lebih mudah. Anda akan berkata dengan perumpamaan “kalau menasihatkan kanak-kanak biarlah bermula dari mereka kecil, bak kata pepatah melentur buluh dari rebungnya”. Setelah menilai nasihat anda, memang benar rebung mudah dilentur sebelum menjadi buluh yang dewasa. Begitu juga dangan kanak-kanak, mereka lebih mudah dibentuk sebelum menjadi dewasa. Setelah membandingkan benda konkrit dalam peribahasa tersebut iaitu ‘rebung’ dengan ‘kanak-kanak’ maka kawan anda akan lebih sedar supaya memberi nasihat yang terbaik kepada anak-anak sejak mereka kecil kerana mereka lebih mudah dinasihati pada waktu umur yang muda.

3. Menyindir dengan sopan
Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyindir dengan sopan. Menyindir dengan sopan bertujuan untuk menegur seseorang dengan bahasa yang bertapis supaya tidak keterlaluan tetapi memberikan mesej yang tajam. Menyindir dengan sopan menandakan seseorang itu bijak menggunakan bahasa supaya mesej yang disampaikan berkesan dan orang yang mendengarnya dapat memperbetulkan kesilapannya. Perumpamaan yang sederhana dan bersifat praktikal boleh digunakan supaya maksudnya betul-betul sampai kepada penerima. Contoh perumpamaan yang digunakan untuk menyindir seseorang adalah seperti situasi yang berikut. “Akmal kamu tidak akan dapat kahwin sekiranya terus duduk diam seperti Mat Jenin, pergilah bekerja”. Sindiran seperti ini boleh menyedarkan seseorang supaya bertindak untuk mendapatkan keinginannya.

4. Menyatakan pendirian yang tegas
Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyatakan pendirian yang tegas dengan menggunakan pemilihan kata dan kiasan yang memberi kesan yang sangat mendalam. Kadangkala kita mahu menyatakan pendirian dengan menggunakan kata putus yang biasa diungkapkan, namun kata putus ini lebih jelas dan tegas sekiranya disertakan dengan perumpamaan. Contohnya, perumpamaan “seperti berkerat rotan berpatah arang” yang bermaksud memutuskan tali persahabatan atau persaudaraan dengan niat tidak mahu menyambungkannya semula. Perumpamaan yang dibayangkan dengan kiasan berkarat rotan dan berpatah arang cukup jelas bahawa pendirian yang dibuat itu adalah sungguh-sungguh dan tegas.

Secara keseluruhannya, peranan perumpamaan sangat jelas dalam mendidik masyarakat. Perumpamaan yang tergolong dalam peribahasa perlu dipraktikkan supaya tidak hilang ditelan zaman kerana perumpamaan merupakan khazanah bahasa yang tidak ternilai harganya. Generasi baharu perlu sedar bahawa perumpamaan bukanlah kata-kata yang biasa tetapi merupakan ketertinggian permikiran. Za’ba pernah menyatakan bahawa peribahasa merupakan lidah pendeta. Pernyataan ini jelas menggambarkan nilai dan ilmu yang terkandung dalam perumpamaan itu. Dengan hal yang demikian, perumpamaan ini juga perlu diajar di sekolah dengan sungguh-sungguh kerana perumpamaan yang termasuk dalam peribahasa merupakan salah satu karya sastera yang perlu dihayati seperti mana yang dikehendaki dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu.

Bagi memupuk minat terhadap perumpamaan, berikut merupakan beberapa himpunan perumpamaan yang boleh kita mula praktikkan dalam pertuturan seharian dan juga dalam penulisan.

Seperti ayam tambatan (orang yang berani)
Seperti anak muda jolong berkeris (keghairahan seseorang untuk menggunakan sesuatu yang baharu diperolehinya)
Seperti anjing dengan bayang-bayang (orang yang sangat tamak selalu rugi)
Seperti belut pulang ke lumpur (anak kampung pulang ke tempat asalnya)
Seperti belanda minta tanah (mula-mula minta sedikit tetapi akhirnya ingin memiliki semua)
Seperti bersaksi ke lutut (bersaksi kepada keluarga dendiri)
Seperti berkerat rotan berpatah arang (memutuskan tali persahabatan atau persaudaraan dengan niat tidak mahu menyambungkannya semula)
Seperti buluh perindu (suara yang sangat merdu)
Seperti durian dengan timun, menggolek binasa, kena golekpun binasa (orang yang lemah dan tidak berupaya hendak menentang orang yang kuat dan berkuasa.)
Seperti duri dalam daging (menanggung beban masalah yang sukar diatasi. Lama-kelamaan masalah itu semakin berat dan mendatangkan mudarat)

Friday 22 March 2013

17 CIRI GURU YANG TERBAIK




Ciri-ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru 

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?

1. Bersikap profesional.
2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3. Kaya ilmu.
4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5. Bermoral teguh.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
11. Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16. Menunjukkan kesetiaan kepada sekolah, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.


Wednesday 20 March 2013

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN FACEBOOK KEPADA PELAJAR



Facebook telah diasaskan oleh seorang anak muda yang berasal dari  NewYork. Nama beliau ialah Mark Zuckerberg, dilahirkan pada  tahun 1984, dan beliau telah mengasaskan Facebook ketika beliau masih lagi menuntut di Universiti Harvard. Sebelum ini, Mark Zuckerberg juga pernah membina beberapa laman web sosial yang lain, antaranya ialah Coursematch dan Facemash. Kini Mark Zuckerberg adalah seorang billionaire.
Mark Zuckerberg telah melancarkan Facebook  pada febuari 2004. Semasa pelancaran, dalam masa 24 jam saja, seramai 1,200 pelajar Harvard telah mendaftar, dan dalam masa sebulan hampir separuh prlajar serjana muda  di Universiti Harvard telah membuka akaun di Facebook. Kemudian rangkaian tersebut telah berkembang ke seluruh universiti yang terdapat di Amerika Syarikat, dan kini Facebook telah tersebar luas ke serata dunia. Facebook telah ‘menjadi’ Facebook.com selepas nama domain tersebut dibeli dengan harga USD200,000.
Tahukah anda, nama Facebook diambil sempena dengan nama borang yang akan diedarkan kepada pelajar baru di Universiti Harvard.

Pada mulanya, Facebook adalah satu tool yang digunakan oleh para pelajar di Universiti Harvard untuk berinteraksi sesama mereka. Tapi kini, ia digunakan oleh semua orang sebagai hiburan. Keahlian Facebook adalah percuma, tapi bagaimana Mark Zuckerberg boleh bergelar billionaire sedangkan keahalian adalah percuma? Sebenarnya keuntungan Facebook diperolehi daripada pengiklanan. Oleh itu tidak hairanlah syarikat separti Google dan Yahoo berminat untuk membeli Facebook.

Jika MySpace menerima tawaran daripada NEWS CORP sebanyak USD580 juta dan YouTube menerima tawaran USD1.5 billion dari Google, Facebook pula telah menerima tawaran hampir USD2 billion daripada Google dan Yahoo. Jika anda yang berada di tempat Mark Zuckerberg pada ketika itu, adakah anda akan menerima tawaran tersebut? USD 2 billion banyak tu… 7 keturunan pun tak habis. Tapi Mark Zuckerberg telah menolak tawaran tersebut. Beliau berkata ‘Facebook bukan untuk dijual’. Syarikat Microsoft pun telah menunjukkan minat terhadap Facebook, dan telah membeli share Facebook sebanyak 1.6% yang bernilai USD246 juta.

Sebelum Facebook, MySpace adalah laman web sosial yang terbesar di Amerika Syarikat. Siapa yang tak kenal dengan MySpace? ia adalah laman web sosial yang terbesar sebelum Facebook dan tiada satu pun rangkaian sosial yang lain dapat menandingi trafik MySpace pada ketika itu. Tetapi Facebook telah berjaya menandingi trafik MySpace dengan pantas, dan Facebook dianggarkan mempunyi hampir 200 juta ahli diserata dunia.


Facebook adalah salah satu laman web sosial seperti MySpace dan Friendster, tetapi bagaimana Facebook boleh berkembang dengan cepat? Mungkin disebabkan oleh keunikan aplikasi yang terdapat pada Facebook. Game, gift, quiz dan banyak lagi aplikasi Facebook yang membolehkan Facebook  telah berkembang dengan cepat. Facebook juga menyediakan ruang chat kepada penggunanya untuk berinteraksi kepada rakan-rakan. Ini yang membuatkan Facebook lebih unik berbanding dengan laman web sosial yang lain.

Kebaikan Facebook :
1. Untuk meningkatkan hubungan kawan dan keluarga.
2. Untuk menemukan keluarga, saudara, kerabat yang berdaftar
3. Sebagai media perbincangan, media dakwah, tukar maklumat dan mengajak kebaikan.
4. Sebagai alat iklan berbaris percuma dengan cara posting maupun iklan berbayar yang telah disediakan.
5. Sebagai media promosi kempen pilihanraya.
6. Membina komuniti tertentu, seperti Sekolah, pelajar, bekas pelajar, jabatan, university dan sebagainya
7. Melatih berkomunikasi, melatih menulis, mengeluarkan pendapat, idea dan sebagainya.
8. Untuk peti simpanan foto kenangan mengikut kategori dan juga boleh di kongsi sesame rakan foto berkenaan
9. Boleh memasang beberapa aplikasi di laman facebook kita
10. Boleh membina page tambahan pada akaun facebook kita dan ia lebih mesra seo
11. Boleh di guna untuk sebaran berita, artikel agama, maklumat dan sebagainya

Keburukan FaceBook :
1. Mengurang produktiviti pekerja, jika pekerja asyik main FB semasa kerja.
2. Kurang perhatian terhadap keluarga, dan anak-anak, jika ibu atau bapa selalu buka facebook dalam masa yang lama.
3. Berinteraksi secara bersemuka diganti dengan interaksi secara online melalui FB. Dan ini mengurangkan kemesraan antara kita.
4. Batasan hal peribadi mungkin akan di luah secara bebas dan kadang tu melanggar hak masyarakat dan sentiviti suatu masyarakat dan kaum.
5. Mudah tersebarnya maklumat penting yang tidak semestinya di tulis pada FB,
6. Bahan lucah mudah di sebar melalui gambar atau bahan cetakan
7. Banyak masa terbuang akibat penggunaan yang tidak manafaat




Thursday 14 March 2013

PEMBELAJARAN BUAT PENDIDIKAN KHAS

PEMBELAJARAN BUAT PENDIDIKAN KHAS


Seperti mana kanak-kanak normal, kanak-kanak khas juga punya hak untuk mendapatkan pendidikan sempurna dan sesuai dengan keupayaan mereka. Oleh itu sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-anak khas ini perlu mengambil kira ciri-ciri keistimewaan dan keperluan mereka bagi memberi pembelajaran yang bermakna bagi mereka. Sebagai seorang guru, kita perlu meneliti apakah model-model teoritikal atau pendekatan yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pelajaran anak-anak ini. Sebelum kita memahami model-model teoritikal yang boleh diaplikasikan dalam proses P&P, kita juga perlu terlebih dahulu memahami beberapa konsep asas dalam pengajaran kanak-kanak khas ini.

1. Strategi dan Pendekatan PengajaranMerujuk kepada bagaimana kita seorang guru menyediakan perancangan mengajar, memulakan dan mengakhiri pengajaran.


2. Kaedah Pengajaran- Merujuk kepada perancangan pengajaran yang telah diterima pakai oleh banyak pihak.- Perancangan ini termasuklah kawalan guru terhadap urutan perlakasanaan proses pengajaran yang akan dilaksanakan.


3. Strategi Pengajaran- Merujuk kepada perancangan operasi pengajaran yang khusus yg digunapakai oleh guru.- Merujuk kepada perancangan2 kecil untuk mencapai objektif pengajaran.


4. Tenik Pengajaran.- Sistem / mekanisme penyampaian ilmu dan kemahiran.- Prosedur2 khusus pada skala kecil.- Satu strategi yang boleh mengandungi beberapa teknik.



MODEL TEORITIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS


Model Perubatan- Kanak-kanak khas perlu menjalani ujian diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan khas ke atas mereka.- Ujian diagnosis ini perlu bagi memahami keadaan biologikal serta fizikal mereka. Dengan itu kita boleh melihat tahap keupayaan mereka.


Model Perkembangan- Pengajaran dan pembelajaran perlu sesuai dengan perkembangan kanak - kanak khas. Kanak2 khas mempunyai tahap perkembangan yang sama dengan kanak2 normal namun ada kadar yang perlahan.

- Mereka juga mempunyai ketidakupayaan yang berbeza.- Kaedah pengajaran yg dibina perlu mengambil kira tahap perkembangan intelektual, fizikal, sosial dan emosional kanak2 khas ini.

Model Behaviorisme- Perlunya analisis tingkah laku sebelum pengajaran dijalankan.- Guru bertanggungjawab untuk merubah persekitaran sebelum atau selepas tingkah laku bagi tujuan unutk mendapatkan tingkah laku sasaran.


Model Kognitif- Fokus kepada keadaan internal pemikiran seseorang.- Model ini mengambil pendekatan pengajaran secara latihan kognitif dan meta kognitif.


Model Humanistik



- Menitik beratkan soal perkembangan individu secara menyeluruh.- Asas model ini ialah kepercayaan tentang kecenderungan setiap insan untuk mencapai jati diri masing2.- Guru bertangungjawab membina kecenderungan pelajar untuk mengembangkan potensi mereka.- Faktor peribadi dan sosial penting dalam menentukan perkembangan kanak2 ini secara menyeluruh



Sunday 3 March 2013

LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA


LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

(sumber Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025)

1.AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.

2. KUALITI -Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

3.EKUITI -50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun 2020.

4.PERPADUAN-Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

5.KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.